Anda di sini

Bekas pegawai Vietnam diculik dari Jerman untuk pendakwaan

Advertisement

Tindakan antirasuah dipercayai berpunca daripada perbalahan politik

HANOI: Seorang bekas pegawai Vietnam dikatakan telah diculik dari Jerman akan dihadapkan dalam perbicaraan di Hanoi pada Januari bagi tuduhan rasuah, menurut pegawai semalam, satu kes berprofail tinggi yang yang berkemungkinan menyaksikan bekas eksekutif minyak itu dijatuhkan hukuman mati.

Kerajaan komunis Vietnam telah memenjarakan atau menahan beberapa bekas pegawai, pegawai bank dan eksekutif negara pada tahun ini sebagai sebahagian daripada satu tindakan antirasuah yang dilakukan  di mana beberapa orang pemerhati menyatakan sebagai berpunca daripada perbalahan politik.

Namun penculikan ala Perang Dingin terhadap Trinh Xuan Thanh dari sebuah taman di Berlin oleh beberapa orang ejen keselamatan Vietnam pada Julai lepas telah mengejutkan ramai orang di dalam dan luar negara satu parti tersebut, menimbulkan satu ketegangan diplomatik di mana pihak Jerman menyatakan sebagai satu ‘pencabulan bersifat skandal’ terhadap kedaulatannya.

Hanoi telah memburu Thanh, bekas ketua bagi PetroVietnam Construction (PVC) milik negara, bagi kesalahan pengurusan dan pengubahan wang menimbulkan kerugian besar.

Pegawai Vietnam menyatakan beliau telah pulang dengan sukarela bagi berdepan dengan tuduhan.

Namun pihak berkuasa Jerman menyatakan beliau telah diculik di negara mereka, di mana beliau telah mendapatkan perlindungan suaka.

Thanh akan berdepan perbicaraan pada 8 Januari, di samping bekas ketua

PetroVietnam dan bekas anggota politburo Dinh La Thang, seorang kerani mahkamah memberitahu AFP.

Sebagai ketua PetroVietnam, Thang dikatakan telah membentuk satu perjanjian dengan Thanh – pengerusi bagi syarikat cawangan pembinaan PetroVietnam – bagi membina sebuah loji tenaga termal.

Perjanjian dikatakan menyebabkan kerugian sebanyak $5.2 juta terhadap negara.

Sebanyak 20 orang lagi turut berdepan tuduhan dalam kes berkenaan.

Pihak berkuasa menyatakan defendan “adalah kebanyakannya pemimpin utama dalam organisasi ekonomi penting, dipercayai oleh negara dan orang ramai bagi menguruskan modal negara,” menurut kepada pertuduhan yang dipetik oleh Agensi Berita Vietnam.

Thang dan Thanh berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun bagi kesilapan pengurusan, sementara bekas ketua PVC Thanh berdepan dengan satu tuduhan tambahan bagi penggubahan wang, yang membawa kepada hukuman mati.

Pihak berkuasa pada mulanya menuduh Thanh  sebagai menyebabkan kerugian sebanyak $150 juta, yang mana beliau mungkin masih berdepan dalam satu perbicaraan berasingan.

Thanh kelihatan sebagai seorang lelaki yang ditahan malah sebelum beliau telah dikesan memandu  sebuah kereta mewah Lexus dengan nombor pendaftaran kerajaan  ketika berkhidmat sebagai timbalan ketua  wilayah selatan Hau Giang.

Lelaki tersebut adalah pegawai paling dikenali telah berdepan dengan tuduhan rasuah sebagai sebahagian dari tindakan besar-besaran di Hanoi yang telah melihat seorang pegawai kanan bank dijatuhkan hukuman mati dan beberapa orang lagi berdepan hukuman penjara berat.

Pihak pemerhati menyatakan tindakan anti-rasuah, yang melibatkan satu tindakan rasuah di negara komunis China, telah diketuai oleh satu kepimpinan konservatif sejak tahun lepas.

Ramai mempercayai ia adalah lebih mengenai membersihkan pihak atasan yang korup di Vietnam ketika ia adalah mengenai menghapuskan musuh politik dikaitkan dengan bekas kepimpinan.

Vietnam  telah berada di kedudukan 1`13 daripada 176 negara di dalam indeks rasuah oleh pihak Transparency International, lebih teruk berbanding dengan negara jirannya di Asia Tenggara Thailand, Filipina dan Myanmar. — AFP

Advertisement