
Kedai ini turut menjual produk peralatan rumah, industri tempatan dan import
SIBU: Home Care DIY Hardware Sdn Bhd di Jalan Khoo Peng Loong telah memulakan operasi perniagaan dengan majlis pembukaan rasmi semalam.
Pengarah Urusan, Victor Chew Eng Seng berkata, Home Care DIY Hardware Sdn Bhd menjual produk peralatan rumah dan industri buatan tempatan dan import.
“Antara jenama produk dijual di Home Care DIY Hardware ialah Worx Professional, produk penggerudi elektrik yang dimport khas dari Jerman.
“Selain itu, cat pilihan ramai KCC Paint dan Nippon Paint, kasut keselamatan Safety Jogger dan Topsafe turut terdapat di sini,” jelasnya kepada pemberita.
Katanya, orang ramai boleh mendapatkan produk perkakas dapur, tandas dan bilik mandi jenama Docasa dan Premio dengan harga berpatutan.
“Home Care DIY Hardware Sdn Bhd menjaminkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan untuk mendapat produk perkakasan rumah dan industri,” ujarnya.
Chew berkata, Home Care DIY Sdn Bhd dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5.
30 petang dan Ahad serta cuti umum dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.