Anda di sini

Natasha— Miss Malaysia Kebaya 2017

Advertisement
 Natasha (tiga kanan) dan Marianny (tiga kiri) dipilih sebagai Miss dan Mrs Malaysia Kebaya 2017 dalam pertan-dingan peringkat akhir yang diadakan di Menara Kuala Lumpur.
RATU KEBAYA 2017: Natasha (tiga kanan) dan Marianny (tiga kiri) dipilih sebagai Miss dan Mrs Malaysia Kebaya 2017 dalam pertan-dingan peringkat akhir yang diadakan di Menara Kuala Lumpur.

PENCARIAN Miss Malaysia Kebaya (MMK) 2017 telah berakhir apabila Nor Natasha Suhaira Suhaimi dinobatkan sebagai pemenang Miss Malaysia Kebaya dan Marianny Ismail dipilih sebagai pemenang bagi Mrs Malaysia Kebaya.

Natasha dan Marianny menerima gelaran itu pada pertandingan akhir yang diadakan di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pemenang bagi kedua-dua kategori itu menerima mahkota, selempang, jambangan bunga serta hadiah iringan.

Majlis penyerahan mahkota itu dan hadiah kepada juara disempurnakan Presiden MMK 2017, Jason Lee.

Menurut pihak penganjur, pemilihan bagi pemenang Miss Malaysia Kebaya 2017 dibuat berdasarkan pemerhatian tujuh juri yang menilai personaliti dan keyakinan peserta dalam pertandingan tersebut.

Perwatakan dan kebolehan yang ditunjukkan oleh Nor dan Marianny berjaya menarik perhatian juri sekaligus menewaskan peserta-peserta yang lain.

Sementara itu, naib juara Miss Kebaya 2017 dimenangi oleh Amrit Kaur dari Kuala Lumpur dan tempat ketiga, Siti Nur Balqis dari Pasir Mas, Kelantan.

Bagi kategori Mrs Kebaya 2017, tempat kedua dimenangi oleh Simran Kour dari Selangor dan bagi tempat ketiga adalah Sandra Lee dari Melaka. — Bernama

Advertisement