Anda di sini

Cristiano Ronaldo tambah pengikut di Instagram, Selena Gomez terbanyak

Advertisement
SELENA GOMEZ
SELENA GOMEZ

BINTANG bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo memasuki senarai orang paling diikuti dalam Instagram pada tahun ini selepas dia mendokumenkan karier dan keluarganya yang semakin berkembang, tetapi bintang pop Selena Gomez masih menduduki tempat paling tinggi dalam platform media sosial itu.

Ronaldo, yang dinamakan sebagai pemain bola sepak dengan pendapatan tertinggi oleh Forbes pada tahun ini dengan AS$93 juta (RM400 juta), naik ke tempat No. 2 dengan 116 juta pengikut dalam Instagram, naik daripada 82.8 juta pengikut dan tempat No. 6 pada tahun lepas.

Gomez masih orang paling diikuti dalam Instagram dengan 130 juta pengikut pada tahun ini, naik daripada 103 juta pada tahun lepas.

Ronaldo, 32, seorang penyerang untuk kelab Real Madrid, telah menunjukkan banyak gambar dan video dalam Instagram pada tahun ini baik di dalam mahupun di luar padang bola sepak.

Dia memenangi tiga daripada 10 paparan paling disukai dalam Instagram pada tahun ini, semuanya mendokumenkan keluarganya yang semakin berkembang.

Atlet itu mengumumkan dia adalah bapa kepada kembar yang baharu dilahirkan oleh seorang ibu tumpang pada Jun lalu, dalam satu paparan yang menerima lebih 8.2 juta ‘suka’.

Paparannya yang paling popular mencatatkan lebih 11 juta ‘suka’ pada November lalu, ketika dia mengumumkan kelahiran anak perempuannya bersama teman wanitanya Georgina Rodriguez.

Pada 2010, Ronaldo berkata dia telah menjadi bapa kepada seorang anak lelaki dan mempunyai penjagaan sepenuhnya. Identiti si ibu tidak diumumkan kepada orang ramai.

Instagram yang dimiliki Facebook mempunyai lebih 500 juta pengguna harian yang aktif dan 800 juta pengguna bulanan yang aktif.

Wadah itu membolehkan penggunaan untuk menunjukkan gambar, video dan pada tahun ini memperke-nalkan ‘cerita’ segera, di mana video dan gambar yang diposkan hilang selepas 24 jam.

Dua penyanyi Ariana Grande dan Beyonce terus bertahan di tempat ketiga dan keempat paling diikuti masing-masing dengan 115 juta pengikut dan 108 juta pengikut pada tahun ini, manakala bintang realiti Kim Kardashian West masih lagi kekal di tempat kelima dengan 104 juta peminat.

Gambar Beyonce pada Februari lalu ketika dia mengumumkan kehamilannya dengan anak kembar merupakan gambar paling disukai dalam Instagram pada tahun ini, dengan lebih 11.1 juta ‘suka’.

Taylor Swift jatuh dari No. 2 ke No. 6 selepas artis berusia 27 tahun itu hilang dari media sosial pada awal tahun ini ekoran perpisahan yang mendapat publisiti meluas dengan DJ British Calvin Harris serta pergaduhan dengan Katy Perry, Kim Kardashian dan suaminya Kanye West.

Dia kembali ke Instagram pada Ogos lalu dengan profil Instagram yang bersih dan mempromosikan muzik baharunya dalam saluran itu.

Di antara data yang dihimpun oleh Instagram antara 1 Januari hingga 17 November, hashtag paling popular yang digunakan adalah #love, bandar raya paling kerap dipaparkan adalah New York dan lokasi yang banyak dimuatkan dalam Instagram adalah Disneyland di Anaheim, California.

Advertisement