Anda di sini

Bajet 2018: Kerajaan sediakan peruntukan besar untuk KPM yang melibatkan Bantuan Persekolahan

Advertisement
__alt__
__alt__

KUALA LUMPUR: Bajet 2018 merupakan penghargaan yang bermakna kepada masyarakat kerana bajet ini selari dengan hasrat kerajaan dalam mengungguli pembangunan pendidikan negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Seri Alias Ahmad berkata, untuk Bajet 2018, KPM adalah kementerian tertinggi menerima bajet iaitu berjumlah RM45.9 bilion. Daripada peruntukan ini, sebanyak RM44.5 billion bagi pengurusan pentadbiran dan RM1.44 billion bagi pengurusan pembangunan.

Untuk jumlah Bajet 2018 ini juga melibatkan Bantuan Persekolahan yang disediakan oleh KPM dan kerajaan telah menyediakan 19 jenis Bantuan Persekolahan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan Persekolahan One-Off.

 “Jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi kategori Bantuan Persekolahan Umum adalah sebanyak RM962.558 juta.

Manakala jumlah peruntukan yang diluluskan bagi kategori Bantuan Persekolahan Khusus adalah sebanyak RM1.767 bilion.

Bagi kategori Bantuan Persekolahan One-Off pula, jumlah peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM372.86 juta,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat KPM, Putrajaya, baru-baru ini.

Pada masa sama, Datuk Seri Alias Ahmad turut menjelaskan tentang ‘Petunjang 3 Bajet 2018: Mengungguli Pembangunan Pendidikan, Latihan Dan Kemahiran Serta Bakat.’

Bagi bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan, sebanyak RM2.9 bilion akan diperuntukkan dan bagi peruntukan bantuan persekolahan pula adalah sebanyak RM328 juta.

Manakala RM577 juta akan diperuntukkan untuk  pembinaan prasekolah, sekolah rendah dan menengah dan kolej vokasional serta matrikulasi.

Bagi membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah daif menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) pula, sebanyak RM2 bilion diberikan kepada sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak, manakala baki RM500 juta lagi diberi kepada sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia. Pada masa sama, sebanyak RM550 juta akan diperuntukkan untuk tabung khas penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah,” tambah beliau.

  • oleh
  • Advertisement