Anda di sini

Jaclyn Victor meriahkan sambutan pra-Krismas Kampung Pichin, Serian

Advertisement
 Jaclyn Victor menghiburkan para tetamu yang hadir pada sambutan Krismas di Kampung Pichin.
HIBUR: Jaclyn Victor menghiburkan para tetamu yang hadir pada sambutan Krismas di Kampung Pichin.

KUCHING: Penyanyi terkenal tanah air, Jaclyn Victor memeriahkan sambutan pra-Krismas di Kampung Pichin, Serian dekat sini malam 17 Disember yang lepas.

 Program tersebut merupakan tajaan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) di bawah Kementerian Sumber Manusia yang diterajui oleh menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

 Dalam ucapan ringkasnya, Riot yang juga Ahli Parlimen Serian berkata sambutan ini diadakan bagi meraikan perayaan Krismas yang bakal tiba.

 “Kita di Sarawak ini dan Malaysia amnya bertuah kerana bebas untuk menganuti manamana agama mengikut kepercayaan masingmasing.

 “Saya yakin keharmonian ini akan terus berkekalan dan saya berharap kita semua akan terus kekalkan semangat hormat-menghormati satu sama lain tanpa mengira agama,” katanya.

 Melihat kepada kehadiran ramai warga Serian pada majlis itu, Riot merancang untuk menganjurkan program yang sama pada tahuntahun yang akan datang.

 Pada majlis itu, Riot turut menyampaikan hadiah Krismas kepada kanakkanak dan dihiburkan dengan persembahan koir oleh Gereja Holy Trinity, Kampung Pichin.

  • oleh
  • Advertisement