Anda di sini

Usahawan anak Johor kreatif jana pendapatan

Advertisement

Hobi membuat rekaan gra k dengan menggunakan barangan baharu atau terpakai menguntungkan

JOHOR BAHRU: Kreatif dalam menghasilkan barangan melalui rekaan grafi k, seorang usahawan muda kelahiran Johor kini mampu menjana pendapatan yang lumayan.

 Khairul Adzwan Khairullah, 27, mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan pada 2008.

 Bermula dengan sekadar hobi, beliau yang berminat membuat rekaan grafi k telah menghasilkan pelbagai kraf tangan seperti bingkai gambar yang diperbuat daripada kayu, bantal, cenderamata perkahwinan dan pelbagai barangan mengikut kehendak pelanggan menggunakan barangan baharu atau barangan terpakai.

 Selain itu, anak muda kelahiran Pontian itu berkata barangan yang dihasilkan juga mula dipasarkan secara dalam talian melalui laman web, media sosial dan aplikasi Caroussell di bawah jenama Krl Brands.

 “Pesaing dalam bidang penghasilan kraf tangan tidak begitu ramai khususnya di Johor jadi untuk menjual produk keluaran sendiri tidak sukar. Dengan hanya bermodalkan wang yang sedikit, saya mampu menjana pendapatan yang lumayan terutama apabila menggunakan banyak barangan terpakai,” kata Khairul Adzwan kepada Bernama baru-baru ini.

 Khairul merupakan Top Johor Carousseller yang hadir berkongsi pengalaman perniagaan bersama usahawan komuniti Caroussel dalam Program Caroussell Live yang diadakan di Kilang Bateri di sini.

 Beliau yang juga bekerja sebagai jurutera mekanikal itu berkata antara barangan terpakai yang digunakan termasuklah lebihan kain serta botol kicap yang tidak digunakan lagi.

 Dengan hanya mengeluarkan modal untuk membeli mesin pencetak dua dimensi pelbagai rekaan, hasil kreativitinya mampu dihasilkan sehingga kini yang menyumbang kepada kejayaan perniagaannya.

 Menurutnya, tanpa membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi, kini lebih 30 produk kraf tangan berjaya dihasilkan seperti aksesori bayi dan pelbagai perhiasan dalaman rumah dengan bantuan isterinya, Nur Hidayah Abu Bakar, 27.

 Nur Hidayah berkata beliau yang pada mulanya tidak tahu mengenai selok-belok perniagaan, juga boleh menghasilkan produk sendiri atas tunjuk ajar suaminya.

 “Kami berdua akan memastikan pengeluaran modal adalah minimum untuk menghasilkan kraf tangan kerana percaya bahawa tidak semestinya bagi menghasilkan sesuatu produk, perlu modal yang besar.

 “Selain itu juga, cuba memanfaatkan barangan terpakai di sekitar kita yang selama ini tidak terfi kir boleh menjana pendapatan,” katanya yang bekerja sebagai guru tadika.

 Khairul yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), menegaskan walaupun mempunyai pekerjaan tetap, ia bukan penghalang baginya untuk menceburi bidang perniagaan yang kini semakin berkembang.

 Beliau turut mengakui pendapatan sampingannya itu kadangkala melebihi pendapatan tetapnya lebih RM2,000 sebagai jurutera mekanikal di sebuah syarikat tempatan di sini.

 “Pelanggan yang membeli produk Krl Brands juga ramai dari Singapura, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan Johor. Ia juga menjadi semangat saya untuk berusaha mengembangkan perniagaan ini,” katanya.

 Krl Brands kini mempunyai hampir 4,900 pengikut di aplikasi Caroussell sejak 2013. — Bernama

Advertisement