Anda di sini

Pinera kembali selaku presiden Chile tahun depan

Advertisement
 Pinera (tengah) meraikan kemenangannya dalam pilihan raya bersama penyokongnya di Santiago kelmarin. — Gambar AFP
RAI: Pinera (tengah) meraikan kemenangannya dalam pilihan raya bersama penyokongnya di Santiago kelmarin. — Gambar AFP

SANTIAGO: Hartawan Sebastian Pinera akan kembali memegang kuasa selaku presiden Chile pada tahun depan, menurut keputusan yang dikira lengkap daripada pilihan raya pusingan kedua yang diadakan kelmarin.

Lembaga pilihan raya ber-kata calon konservatif berusia 68 tahun itu, dan pernah me-mimpin negara Amerika Selatan itu dari 2010-2014, memperolehi 55 peratus undian, selepas 98 peratus undi dikira. 

Pencabar berhaluan kiri Alejandro Guillier, seorang pengacara TV berusia 64 tahun yang menjadi senator dan bertanding sebagai calon bebas yang disokong oleh presiden haluan kiri tengah Michelle Bachelet, mengaku kalah selepas menerima 45 peratus.

Kita mengalami kekalahan yang sukar,” kata Guillier. Beliau menyeru kepada pembangkang untuk “mempertahankan” pembaharuan yang dimulakan di bawah Bachelet.

Beliau berkata Pinera pulang dengan “kemenangan yang mantap dan tiada cacat cela”.

Pinera akan memimpin negara – pengeluar tembaga utama di dunia – selama empat tahun bermula Mac 2018.

Beliau akan sekali lagi meng-ambil alih tugas daripada Ba-chelet, yang dilarang oleh perlembagaan daripada bertanding semula dalam pilihan raya.

Bachelet dan Pinera bergilir-gilir menjadi presiden sejak Bachelet pertama kali memegang jawatan itu pada 2006. Sejak itu, mereka bersilih ganti memegang kuasa, setiap kali menukar politik Chile di antara haluan kiri tengah dan haluan kanan tengah.

Penyokong Pinera berhimpun di luar ibu pejabat pilihan raya beliau untuk menantikan ucapan kemenangannya.

Keputusan pemilihan itu sama sekali tidak pasti selepas Pinera mencatatkan pencapai-an yang jauh rendah berban-ding 37 peratus yang dijangka-kan pada pusingan pertama pilihan raya yang diadakan pada 19 November lepas.

Penganalisis membuat spe-kulasi bahawa Guillier dapat memperbaiki 22 peratus yang diperolehinya daripada pu-singan tersebut dengan mendapatkan undi daripada calon haluan kiri lain yang tewas.

Namun pada akhirnya, kebanyakan pengundi lebih percaya kepada pengalaman Pinera, yang bernilai kira-kira AS$2.7 bilion (RM11.6 bilion) dan menggambar diri sebagai pengemudi yang selamat bagi ekonomi kelima terbesar di Amerika Latin itu.

Pengundian berlangsung diselubungi awan suram kelmarin, ekoran kematian lima orang dan kehilangan 18 lagi dalam kejadian banjir lumpur di selatan negara.

Kedua-dua calon mempamerkan keyakinan, malah Pinera berkata ketika beliau mengundi: “Saya mempu-nyai keyakinan teguh bahawa kita akan memenangi pilihan raya ini dan waktu yang lebih baik akal dinikmati semua isi rumah di Chile.”

Pinera dan Guillier turut berjanji untuk mengembangkan tusyen universiti percuma yang diperkenalkan di bawah Bachelet – satu langkah dengan gema bersejarah di Chile kerana tusyen berbayar diperkenalkan di bawah pe-merintahan Pinochet pada 1973-1990.

Bagi Pinera, janji itu adalah satu pusingan-U, yang bercanggah dengan satu kenya-taan awal yang beliau buat bahawa “benda percuma bermakna kurang komitmen”.

Bakal presiden itu sering diiringi isterinya Cecilia Morel ketika berkempen selain empat anak mereka dan beberapa orang daripada sembilan cucu mereka.

Kehadiran mereka melembutkan perwatakannya di khalayak ramai, menurut seorang anggota rombongannya yang enggan dikenali.

Walaupun beliau terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang suka mendesak – beliau terpaksa menarik balik pelaburan termasuk dalam sebuah syarikat penerbangan dan sebuah pasukan bola sepak untuk mandat pertama-nya – beliau juga mempunyai reputasi sebagai seorang yang berpendidikan, lucu dan penuh dengan idea. 

Beliau tidak menyembunyi-kan kekayaannya, malah memakai jam tangan mencolok mata yang berwarna merah, tema warna untuk kempennya. Namun beliau juga cuba mengunjurkan imej seseorang yang mengambil berat tentang ketidakadilan dan rakyat jelata. — AFP

Advertisement