Anda di sini

Militan serbu kemudahan latihan agensi perisikan

Advertisement

Cetus pertempuran sengit dengan polis di Kabul, tiada laporan segera diterima mengenai sebarang kematian

 Anggota pasukan keselamatan dilihat berkawal di tapak serangan di Kabul semalam. — Gambar Reuters
BERJAGA-JAGA: Anggota pasukan keselamatan dilihat berkawal di tapak serangan di Kabul semalam. — Gambar Reuters

KABUL: Anggota militan bersenjata menyerbu sebuah kemudahan latihan agensi perisikan di Kabul semalam, kata pegawai, yang mencetuskan pertempuran sengit dengan polis dalam serangan terbaharu yang berlaku di ibu negara Afghanistan itu.

Sekitar jam 10.10 pagi, sekumpulan penyerang bersenjata memasuki sebuah bangunan yang sedang dibina dalam pusat latihan NDS dalam kawasan Afshar di Kabul,” kata jurucakap kementerian dalam negeri Najib Danish kepada AFP, yang merujuk kepada agensi perisikan Afghanistan, Direktorat Ke-selamatan Negara.

Pertempuran sedang berlaku dan kami juga sudah melancarkan operasi kami.”

Tiada laporan segera diterima mengenai sebarang kematian.

Seorang timbalan jurucakap kementerian dalam negeri Nasrat Rahim berkata bunyi tembakan senjata besar dan kecil kedengaran dari pertempuran yang berlaku.

Jalan ke kawasan berke-naan ditutup dan puluhan pegawai perisikan dan polis menutup akses kepada orang ramai.

Belum ada kumpulan me-ngaku bertanggungjawab bagi serangan itu. Sebelum ini puak Taliban dan kumpulan Daesh (IS) telah melancarkan serangan yang dahsyat di Kabul.

Pada November lepas, seorang penyerang nekad meletupkan diri di luar satu perhimpunan politik di Kabul dan membunuh sekurang-kurangnya 14 orang. Sera-ngan bom itu diakui dilaku-kan oleh IS. — AFP

Advertisement