Anda di sini

Kes bunuh sepupu disebut semula 18 Jan depan

Advertisement

TEMERLOH: Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan 18 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes melibatkan seorang pencuci kereta yang didakwa membunuh sepupunya di Taman Temerloh Makmur, di sini 21 Okt lalu.

Majistret Najwa Hashim menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar permohonan Pegawai Pendakwa Inspektor Irmawathy Mohamad Yusof bagi membolehkan laporan berkaitan kes termasuk laporan bedah siasat dan toksikologi disiapkan.

Iskandar Zulkarnain Zolkifli, 26, didakwa membunuh Robiatul Ain Mohamod, 27, yang juga seorang peniaga kedai makan di sebuah rumah di Jalan Temerloh Makmur 3, Taman Temerloh Makmur, antara 8.30 hingga 9 malam, 21 Oktober lepas.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam atas dakwaan yang dilakukan mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh digantung sampai mati.

Media sebelum ini melaporkan Robiatul Ain ditemukan tertiarap di ruang tamu rumahnya dengan kesan  tikaman pada muka serta bahu selepas dipercayai bertengkar dengan tertuduh.

Kejadian berpunca apabila mangsa dikatakan menuduh sepupunya itu mencuri.

Siasatan polis menemukan pisau dan gunting, dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian itu. — Bernama

Advertisement