Anda di sini

Hernandez diisytihar pemenang pilihan raya

Advertisement

Walaupun bantahan semakin meningkat dan pembangkang dakwa berlakunya penipuan

 Penyokong Nasralla membakar tayar ketika protes di Tegucigalpa kelmarin. — Gambar AFP
PROTES: Penyokong Nasralla membakar tayar ketika protes di Tegucigalpa kelmarin. — Gambar AFP

TEGUCIGALPA: Presiden Honduras Juan Orlando Hernandez diisytiharkan kelmarin sebagai pemenang pilihan raya presiden yang dipertikaikan selepas ia diadakan tiga minggu lepas, walaupun bantahan semakin meningkat dan pembangkang mendakwa penipuan telah berlaku.

Pihak berkuasa pilihan raya membuat pengumuman itu pada hari pencabar haluan kiri Hernandez, Salvador Nasralla, berlepas ke Amerika Syarikat (AS) untuk menarik tumpuan kepada apa yang beliau sebut sebagai penipuan undi dalam pilihan raya pada 26 November.

Deklarasi itu dijangka akan memburukkan lagi keganasan yang berlaku sejak pilihan raya lagi, selepas penunjuk perasaan anti-Hernandez bertelingkah dengan polis berulang kali.

Polis sudah mengira tiga kematian dalam pergolakan itu. Namun pembangkang mendakwa 20 orang sudah terkorban, manakala Am-nesty International mencatat-kan 14 kematian.

Pilihan raya itu amat kontroversi sekali.

Hernandez, 49, bertanding semula untuk pilihan raya menentang Nasralla, seorang bekas pengacara TV berusia 64 taun, walaupun perlembagaan melarang presiden daripada memegang jawatan itu lebih daripada satu penggal.

Parti Nasional pimpinannya yang konservatif berkata peraturan itu dibatalkan oleh satu keputusan Mahkamah Agung pada 2015.

Namun pembangkang me-negaskan undi diubah suai selepas pemilihan, dan berkata waktu rehat luar biasa dalam kiraan undi yang mengheret penjumlahan sehingga lebih seminggu adalah mencuriga-kan.

Pemerhati antarabangsa turut menyatakan mereka memerhatikan “keadaan di luar kebiasaan”.

Tribunal Pilihan Raya Ter-tinggi sebelum ini enggan mengumumkan pemenang, walaupun menyatakan kiraan undi yang ia buat menunjukkan margin kecil yang memihak kepada Hernandez: 43 peratus berbanding 41 peratus bagi Nasralla.

Namun ia perlu membuat pengumuman sebelum tarikh akhir 26 Disember, jika tidak seluruh pilihan raya akan di-umumkan sebagai tidak sah.

Nasralla, calon Pakatan Pembangkang Menentang Pemerintahan Kuku Besi, berdiri teguh di atas dakwaannya bahawa beliau memenangi pilihan raya, dan hanya penipuan sahaja membuat ia kelihatan seperti Hernandez ada kelebihan.

Beliau menuntut agar seluruh pemilihan diadakan semula, dengan pengawasan antarabangsa yang lebih ketat.

Kelmarin Nasralla berlepas ke AS untuk menarik per-hatian kepada penipuan yang menurutnya telah berlaku.

Beliau dijadual berjumpa dengan ketua Pertubuhan Negara Amerika Luis Almagro, pegawai dari Jabatan Negara AS dan kumpulan hak asasi manusia.

Lawatan ke AS “mungkin penting untuk mencari penyelesaian kepada krisis yang berlaku disebabkan oleh penipuan dan memulihkan ketenteraman di negara itu”, katanya kepada wartawan di Tegucigalpa sebelum me-ninggalkan Honduras.

Sebelum pilihan raya, AS memberi sokongan tersirat kepada Hernandez, yang telah menyelia operasi untuk membanteras geng ganas yang berleluasa di Honduras, yang dibelenggu keganasan, kemiskinan dan rasuah selain menyumbang ramai pendatang tanpa dokumen kepada AS.

Hernandez sendiri meratapi kematian adiknya yang ber-usia 51 tahun dalam satu nahas helikopter tentera udara pada Sabtu lepas yang turut me-ngorbankan lima lain.

Hilda Hernandez berkhidmat sebagai menteri komunikasi presiden itu. — AFP

Advertisement