Anda di sini

Rogol anak: Peniaga dijel 18 tahun 10 sebat

Advertisement
 

KOTA BHARU: Seorang peniaga dihukum penjara 18 tahun dan 10 sebat kerana kesalahan merogol anak kandung di mahkamah sesyen, di sini, hari ini, lapor Sinar Harian.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman selepas tertuduh berusia 50 tahun mengaku salah atas tuduhan itu.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 10 tahun empat bulan di sebuah rumah tanpa nombor di Beris Kubur Besar, di sini, antara jam 9.30 malam dan 11.15 malam, 22 September lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hukuman diarah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 13 Oktober lalu. - Sinar Harian

Advertisement