Anda di sini

Enam bintang akhir GV4 berebut gelaran juara malam ini

Advertisement
__alt__

PROGRAM nyanyian paling panas pada waktu ini, Gegar Vaganza 4 (GV4) akan melabuhkan tirainya malam ini dengan Liza Hanim, Firman, Hazami, Lan, Tia Jinbara dan Aishah bakal bersaing merebut tempat pertama.

 Untuk konsert akhir dengan tema ‘Berani Ke Idok 2.0 malam ini, enam bintang akhir GV4 bakal mendendangkan dua lagu iaitu sebuah lagu secara solo manakala sebuah lagi lagu secara ‘battle’ secara berpasangan.

 Konsert akhir GV4 akan bersiaran secara langsung bermula jam 9 malam eksklusif di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor serta boleh dinikmati juga di aplikasi Astro GO dan perkhidmatan ‘on demand’ untuk lebih fl eksibel.

 Untuk konsert akhir pada malam ini, Aishah akan menyanyikan lagu ‘All By Myself’ (Celine Deon), Firman lagu ‘Drama King’ (Meet Uncle Hussein feat.

 Black), Hazami lagu ‘Bahagiamu Deritaku’ (Hafi z), Lan Solo ‘Romancinta’ (Mojo), Liza Hanim lagu ‘Meniti Titian Usang’ (Search) dan Tia Jinbara dengan lagu ‘Smells Like Teen Spirit’ (Nirvana).

 Untuk pusingan kedua, Aishah dan pasangan ‘battle’-nya akan menyanyikan lagu ‘#Supergirls’ (DE’FAM), Hazami dan pasangan ‘battle’-nya lagu ‘Amboi’ (Altimet) manakala Firman dan pasangan ‘battle’-nya akan menyanyikan ‘Tepi Sikit’ (Sleeq feat. Joe Flizzow).

 Sementara itu, hos GV3 Jihan Musa dan Nabil Ahmad akan menyanyikan lagu ‘Ini Lagi Boom’ (Waris feat. Nora Danish) dan ‘Khayalan’ (VE & Ruffedge).

 Konsert separuh akhir pada minggu lepas menyaksikan Syura tersingkir selepas mendapat markah terendah.

 Pada peringkat separuh akhir, ketujuh-tujuh peserta diadili juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan Datuk Tarmimi Siregar dan Datuk Wah Idris.

 Walaupun menampilkan persembahan bertenaga menerusi lagu ‘Dokter Cinta’ (Dewi Dewi) dan ‘Cinta Antara Benua’ (Arni Nazira), Syura tidak berjaya meyakinkan juri untuk memberikan markah tinggi.

 Masih mengekalkan format asal, nasib para bintang diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

 Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain manakala naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi .

 Pemenang tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masingmasing akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi dan hadiah sampingan setiap seorang.

  • oleh
  • Advertisement