Anda di sini

Empat penduduk Palestin maut, ratusan cedera

Advertisement
 Penduduk Palestin membawa jenazah Ibrahim Abu Thurayeh, 29, ke dalam Hospital Al-Shifa di Kota Gaza kelmarin selepas dia ditembak mati dalam pertelingkahan di antara tentera Israel dengan penunjuk perasaan di sepanjang sempadan Gaza-Israel setelah bantahan meningkat terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Washington. — Gambar AFP
DIUSUNG: Penduduk Palestin membawa jenazah Ibrahim Abu Thurayeh, 29, ke dalam Hospital Al-Shifa di Kota Gaza kelmarin selepas dia ditembak mati dalam pertelingkahan di antara tentera Israel dengan penunjuk perasaan di sepanjang sempadan Gaza-Israel setelah bantahan meningkat terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Washington. — Gambar AFP

Ketika puluhan ribu berdemonstrasi membantah pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel

KOTA GAZA, Wilayah Palestin: Empat penduduk Palestin maut manakala ratusan cedera kelmarin dalam pertelingkahan dengan tentera Israel manakala puluhan ribu berdemonstrasi untuk membantah pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh Washington.

 Pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada 6 Disember lepas bahawa beliau akan menamatkan dasar AS selama berdekad-dekad dan memindahkan kedutaannya ke Baitulmuqaddis telah mencetuskan kecaman global, selain demonstrasi di negaranegara Arab dan Muslim.

 Kelmarin tiga lelaki maut dalam pertelingkahan di antara tentera Israel dengan penduduk Palestin yang melontar batu.

 Dua mati di sepanjang sempadan Israel dan Semenanjung Gaza, kata kementerian kesihatan Palestin, selepas kumpulan Hamas yang memerintah wilayah itu mengumumkan satu lagi “hari kemarahan”.

 Penduduk Palestin ketiga terbunuh dalam pertelingkahan ke utara Baitulmuqaddis selepas ditembak mati di bahagian dada oleh tentera Israel, kata kementerian itu.

 Pe n d u d u k k e emp a t menikam seorang anggota polis sempadan Israel dekat sebuah pos pemeriksaan di pinggir bandar Ramallah dalam wilayah Tebing Barat yang diduduki Israel, sebelum ditembak, kata polis.

 Penyerang itu, yang kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, memakai apa yang kelihatan seperti ves bunuh diri, tetapi ia tidak jelas sama ada ia dapat berfungsi ataupun tidak.

 Keganasan itu berlaku beberapa hari sebelum Naib Presiden AS Mike Pence dijadual melawat Israel, walaupun beliau tidak akan berjumpa dengan pegawai Palestin setelah mereka membatalkan pertemuan kerana membantah tindakan memindahkan kedutaan.

 “Kami faham bahawa pihak Palestin mungkin memerlukan sedikit tempoh bertenang, itu tidak apa,” kata seorang pegawai kanan Rumah Putih kelmarin.

 “Kami akan bersedia apabila pihak Palestin bersedia untuk berbincang semula.

” Pence dijangka akan cuba memajukan proses damai Israel-Palestin selepas beliau mendarat di Baitulmuqaddis pada Rabu ini, kata pegawai pentadbiran AS.

 “Ternyata beberapa minggu lepas di rantau ini adalah reaksi kepada keputusan mengenai Baitulmuqaddis,” kata seorang lagi pegawai pentadbiran kanan.

 Protes meletus di Tebing Barat selepas sembahyang Jumaat, selalunya pemangkin bagi pertelingkahan di antara belia Palestin dan askar Israel.

 Di Gaza, puluhan ribu penunjuk perasaan memenuhi jalan dan beberapa ribu bertelingkah dengan tentera Israel di sepanjang pelbagai bahagian sempadan.

 Kementerian kesihatan Palestin berkata 164 cedera di Gaza, dengan lima dalam keadaan serius, dan lebih 100 dimasukkan ke hospital di Tebing Barat.

 Tentera Israel berkata kira-kira 2,500 orang terlibat dalam “rusuhan” di Tebing Barat dan kira-kira 3,500 di Gaza.

 Kematian kelmarin menjadikan lapan penduduk Palestin yang maut dalam keganasan atau serangan udara sejak pengumuman Trump mengenai Baitulmuqaddis.

 Empat lelaki terbunuh di Gaza pada minggu lepas, dua dalam tunjuk perasaan.

 Dua anggota militia Hamas maut dalam satu serangan udara Israel.

 Di Jordan, ribuan orang turut berdemonstrasi kelmarin dalam pusingan protes terbaharu yang dianjurkan oleh Ikhwanul Muslimin, sambil membakar bendera Israel dan Amerika.

 Kemelut diplomatik berterusan, dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang menganggap keputusan Trump sebagai “bom” yang dilontarkan ke seluruh Timur Tengah.

 Beliau memanggil Israel sebuah “negara pengganas” dan berkata: “Cuba menjadikan Baitulmuqaddis ibu kota negara pengganas bukan situasi yang dapat diterima oleh orang Muslim.

” Status Baitulmuqaddis merupakan salah satu isu paling kontroversi dalam konflik Israel-Palestin.

 Israel merampas kuasa ke atas bahagian timur kota itu dalam Perang Timur Tengah pada 1967 dan menganggap seluruh Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya yang tidak dapat dibahagi.

 Penduduk Palestin menganggap bahagian timur kota itu sebagai ibu kota negara mereka pada masa depan.

 Selama berdekad-dekad kuasa global mengelak daripada menerima pendapat, sebaliknya mengekalkan kedutaan mereka di Tel Aviv.

 Bagaimanapun Trump mengisytiharkan bahawa beliau akan memindahkan kedutaan dan mengiktiraf kota itu sebagai ibu negara Israel.

 Presiden Palestin Mahmud Abbas tidak akan berjumpa dengan Pence pada minggu depan dan memberi amaran bahawa Washington tidak lagi ada peranan untuk dimainkan dalam proses damai.

 Walaupun marah dengan deklarasi Trump, Abbas tidak pula mengarahkan partinya Fatah atau pasukan keselamatan untuk memutuskan hubungan dengan Israel.

 Di Gaza, dengan ruang udara yang ditutup oleh Israel dan Mesir, sekurangkurangnya 12 roket atau bom mortar telah dilepaskan dari wilayah itu sejak pengumuman Trump, dengan Israel yang menyasari sekurangkurangnya 10 tapak dalam serangan balas.

 — AFP

Advertisement