Anda di sini

Pentas Krismas kembali lagi di Bintang Megamall Miri

Advertisement
JUDE JUDA
JUDE JUDA

MIRI: Menjelang sambutan Hari Krismas ini, Perkhidmatan Kenyah Mirifm dengan kerjasama Bintang Megamall Miri dan Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri akan menganjurkan program Pentas Krismas, hari ini (16 Disember 2017).

Program itu yang bermula jam 9 pagi hingga 5 petang akan diadakan di ruang legar tingkat 1 kompleks beli-belah Bintang Megamall Miri.

Menurut pengerusi penganjur Jude Juda, acara akan diserikan dengan persembahan ‘Christmas Carol’ oleh kumpulan koir Fiat Gereja St. Joseph Miri serta nyanyian artis Orang Ulu Rosiana Urai dan Eddie Kuwing.

“Kita turut membuat rakaman Pentas Krismas yang akan disiarkan jam 5.15 petang, 25 Disember ini,” katanya sambil menjelaskan beberapa agensi lain seperti Hospital Miri dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Miri turut menjayakan program.

Dalam pada itu menurut Jude, aktiviti sampingan turut diadakan seperti pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak kendalian Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri.

Pertandingan itu katanya, terbuka kepada kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun dan peserta dikehendaki membawa sendiri alat melukis dan mewarna, manakala kertas lukisan akan disediakan penganjur.

Turut diadakan pertandingan pakaian beragam Krismas kanak-kanak yang akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu A untuk kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun dan B bagi yang berusia tujuh hingga sembilan tahun.

“Untuk pertandingan ini, peserta digalakkan mereka fesyen pakaian mengikut kreativiti masing-masing bertemakan Hari Krismas,” ujarnya lanjut.

Selain itu kata Jude, turut diadakan ceramah keselamatan kebakaran dan saringan kesihatan oleh JBPM Miri serta ceramah promosi kesihatan, kesedaran menderma organ dan kesihatan mental oleh Hospital Miri.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Pentas Krismas.

  • oleh
  • Advertisement