MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine.
Bong Kueh Yung, 33, dari Quadruplex Bandar Baharu Permyjaya di sini didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama.
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun serta tidak melebihi lima tahun dan sebat tidak kurang daripada tiga kali serta tidak melebihi sembilan kali jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh bukan sebagai seorang diberi kuasa sah di bawah ADB 1952, didapati memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat kasar 8.91 gram.
Methamphetamine merupakan satu item terkandung dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 12.05 pagi, pada 10 Januari 12 di hadapan sebuah farmasi di Jalan Calliandra di sini.
Setelah mendengar pengakuan tidak bersalah tertuduh mahkamah kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk pengurusan kes.