Anda di sini

Kereta api langgar bas sekolah, 4 maut

Advertisement
 Anggota bomba dan polis memeriksa tapak kemalangan di Millas, berhampiran wilayah Perpignan, selatan Perancis selepas sebuah kereta api melanggar sebuah bas sekolah di satu lintasan landasan kelmarin. — Gambar AFP
TRAGIS: Anggota bomba dan polis memeriksa tapak kemalangan di Millas, berhampiran wilayah Perpignan, selatan Perancis selepas sebuah kereta api melanggar sebuah bas sekolah di satu lintasan landasan kelmarin. — Gambar AFP

MILLAS: Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak terkorban dan 20 lagi tercedera, tujuh berada dalam keadaan serius, selepas sebuah kereta api melanggar sebuah bas sekolah di satu kawasan lintasan landasan di selatan Perancis kelmarin.

Bas tersebut, yang membawa kira-kira 20 pelajar dari sebuah sekolah menengah tempatan, dilanggar oleh kereta api di Millas kira-kira 18 kilometer barat bandar Perpignan, berhampiran dengan sempadan Sepanyol pada waktu tengah hari.

“Bas itu dilanggar dengan sangat teruk,” kata pendakwa raya umum di Perpignan, Jean-Jacques Fagny.

Mangsa yang meninggal dunia dan mengalami kecederaan kritikal adalah semuanya menaiki bas ter-sebut.

Radio wilayah France Bleu melaporkan kereta api itu merempuh bahagian belakang bas. Beberapa keping gambar yang dipapar dalam media Perancis menunjukkan bas itu pecah kepada dua bahagian.

Kira-kira 95 pekerja kecemasan, dibantu empat heli-kopter, dikerahkan sebagai sebahagian daripada usaha menyelamat. Kawasan nahas ditutup kepada media.

Perdana Menteri Edouard Philippe, yang pergi ke Millas dengan menaiki helikopter, berkata proses bagi mengenal pasti mangsa adalah “sangat sukar”.

Seramai 24 terperangkap dalam kemalangan, termasuk 20 kanak-kanak yang berusia 13 hingga 17 tahun, menurut Philippe.

Perdana Menteri itu me-ngesahkan empat kematian dan berkata 11 daripada mangsa yang tercedera ber-ada dalam keadaan kritikal dengan sembilan lagi dalam keadaan serius di beberapa hospital di wilayah tersebut.

“Keutamaan pada peringkat ini adalah untuk mampu memberi maklumat yang tepat kepada keluarga,” kata Philippe.

Sementara Fagny ketika ditemu bual, berkata empat kanak-kanak yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti dan gabenor tempatan Philippe Vignes menggambarkan “satu latar perang sebenar.”

Akhbar tempatan L’Inde-pendant memetik salah seorang penumpang kereta api, hanya dikenali sebagai Barbara, sebagai berkata impak “adalah sangat kuat dan kami memikir bahawa kereta api akan tergelincir dari landasan.”

Punca perlanggaran itu adalah tidak jelas namun satu siasatan mengenai “homisid secara tidak sengaja” telah segera dibuka.

Seorang sumber rapat dengan siasatan berkata soal siasat saksi sedang dilakukan dan pemandu bas dan kereta api akan diperiksa bagi pengambilan alkohol dan dadah.

Robert Olive, datuk bandar bagi wilayah berhampiran Saint-Feliu-d’Amont, menggambarkan tempat kejadian sebagai “satu pemandangan yang mengerikan.”

“Bas itu terputus dua oleh kereta api ketika ia melalui-nya,” tambah beliau.

Pemilik perkhidmatan kereta api nasional SNCF memberitahu AFP bahawa “menurut saksi, lintasan landasan itu berfungsi seperti biasa” namun satu siasatan akan dilakukan bagi mengesahkan punca sebenar.

Keluarga kanak-kanak telah segera bergegas ke tempat kejadian bagi mendapatkan berita mengenai anak mereka, lapor seorang wartawan AFP di tempat kejadian.

Presiden Emmanuel Macron menyatakan dalam Twitter: “Semua ingatan saya bagi mangsa kemala-ngan teruk ini melibatkan sebuah bas sekolah, termasuk keluarga mereka. Negara bersedia untuk membantu mereka.”

Menteri Pengangkutan Elisabeth Borne dan ketua SNCF Guillaume Pepy turut pergi ke kawasan kemala-ngan.

“Ia merupakan satu kejadian yang sangat teruk,” Menteri Pendidikan Jean-Michel Blanquer berkata, menyuarakan “perasaan sa-ngat sedih”.

Jabatan keselamatan bagi kawasan Pyrenees, di mana kemalangan itu berlaku, berkata kemalangan melibat-kan sebuah kereta api yang bergerak ke barat dari Perpignan ke pekan Villefranche de Conflent.

Sebuah pusat bantuan per-ubatan psikologi telah ditubuhkan di Millas.

Kemalangan ini adalah yang ketiga melibatkan beberapa kematian untuk perkhidmatan kereta api Perancis sepanjang tempoh empat tahun.

Pada 2015, sebuah kereta api TGV yang diuji di satu landasan di antara Paris dan bandar timur Strasbourg tergelincir dari landasan selepas melanggar sebatang jambatan pada kelajuan 243 kilometer sejam, mengorbankan 11 orang di dalamnya. — AFP

Advertisement