Anda di sini

Institusi di Australia gagal melindungi kanak-kanak: Inkuiri pencabulan seks

Advertisement

SYDNEY: Institusi di Australia “mengecewakan dengan serius” kanak-kanak dalam penjagaan mereka dengan puluhan ribu yang dicabul, laporan terakhir daripada inkuiri selama lima tahun menyebut semalam di mana ia mengesyorkan agar kehidupan membujang di kalangan paderi Katolik harus bersifat sukarela untuk membantu membendung amalan salah.

Kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Diraja Mengenai Respons Institusi kepada Pencabulan Seks Kanak-Kanak pada 2012 selepas tekanan selama sedekad untuk menyiasat dakwaan berleluasa di seluruh negara.

Suruhanjaya itu dihubungi lebih 15,000 mangsa yang memperincikan dakwaan tentang penderaan kanak-kanak melibatkan gereja, rumah anak yatim piatu, kelab sukan, kumpulan belia dan sekolah, selalunya berlaku beberapa dekad yang lalu.

Ia mendengar kisah dahsyat di pendengaran awam dan peribadi yang selalunya hangat dan meletihkan dari segi emosi.

Pada keseluruhannya, le-bih 4,000 institusi dituduh melakukan pencabulan, kebanyakannya kemudahan Katolik.

“Puluhan ribu kanak-kanak telah dicabul di banyak institusi di Australia. Kita tidak akan tahu jumlah sebenar,” kata laporan terakhir itu.

“Tidak kira berapa jumlah-nya, ia adalah satu tragedi kebangsaan, dikekalkan selama beberapa generasi dalam kebanyakan institusi kita yang paling dipercayai.”

Menurutnya penderaan berlaku dalam hampir setiap tempat di mana kanak-kanak tinggal atau hadiri untuk aktiviti pendidikan, rekreasi, sukan, keagamaan atau ke-budayaan.

Dan ia bukan kes beberapa “epal busuk”. Beberapa institusi ada pelbagai pen-dera yang mencabul pelbagai kanak-kanak, katanya.

“Institusi penting dalam masyarakat telah gagal dengan serius. Dalam kebanyakan kes, kegagalan itu diburukkan lagi oleh respons yang ketara tidak memadai kepada orang yang dicabul.

“Masalah itu begitu berleluasa, dan sifat pencabulan begitu keji, sehinggakan ia sukar untuk difahami.”

Lebih 2,500 rujukan telah dibuat kepada polis, dengan 230 pendakwaan sedang diusahakan. Laporan 17 jilid itu termasuk saranan bagi rombakan kepada tradisi keagamaan selama berabad-abad, dengan seruan kepada paderi Katolik untuk diwajibkan melaporkan pencabulan yang dimaklumkan kepada mereka dalam pengakuan dosa.

Ia turut menggesa Gereja Katolik untuk menjadikan kehidupan membujang satu pilihan sukarela bagi golongan paderi, dengan menyata-        kan syarat yang sedia ada menyumbang kepada pencabulan kanak-kanak.

Uskup Agung Denis Hart dari Melbourne memohon maaf di atas masa silam Gereja “yang memalukan”, tetapi berkata ia terpulang kepada Vatican untuk membuat keputusan mengenai sebarang perubahan.

Beliau menegaskan mohor dalam bilik pengakuan dosa “tidak dapat dilanggar” tetapi berkata jika seseorang mengaku dia seorang pencabul, dia tidak akan diberi pengampunan selagi mereka tidak pergi kepada pihak berkuasa.

Ditanya mengenai kehidupan membujang secara sukarela, beliau berkata ia adalah “sesuatu yang sukar”.

“Namun saya sudah tentu akan memastikan uskup-uskup menyerahkan saranan itu kepada Takhta Suci, dan mereka akan membuat keputusan,” kata Hart, Presiden Persidangan Uskup-uskup Katolik Australia.

Antara saranan lain adalah penubuhan sebuah Pejabat Kebangsaan bagi Keselamatan Kanak-Kanak dan talian bantuan untuk melaporkan pencabulan.

Semasa pendengarannya, suruhanjaya berkenaan men-dengar bahawa tujuh peratus paderi Katolik dituduh melakukan pencabulan di Australia antara 1950 hingga 2010, tetapi dakwaan itu tidak pernah disiasat, dengan kanak-kanak yang tidak dipedulikan dan malah dihukum apabila mereka tampil.

Terdapat lebih 1,800 yang didakwa pencabul, dengan usia purata mangsa ketika itu 10 tahun bagi perempuan dan 11 tahun bagi budak lelaki. Perkumpulan religius St John of God Brothers adalah yang terburuk dari segi dakwaan, dengan lebih 40 peratus anggota yang dituduh.

Inkuiri itu membabitkan paderi Katolik paling kanan di Australia, Kardinal George Pell, sekarang ketua kewa-ngan di Vatican, yang disoal siasat berhubung cara beliau menangani paderi pedofilia di negeri Victoria pada zaman 1970-an.

Pell kini dituduh melakukan beberapa kesalahan seksual pada masa lalu, dan pendegaran pada Mac akan datang akan membuat keputusan sama ada bukti mencukupi ataupun tidak daripada pihak pendakwaan untuk mem-bicarakan kes terhadapnya di mahkamah. — AFP

Advertisement