Anda di sini

Damasutra adakan konsert mini untuk dana Rohingya, 17 Dis ini

Advertisement
__alt__

KUMPULAN Damasutra kembali menemui peminat melalui Live Music Amal: Damasutra - Air Mata Rohingya yang bakal diadakan pada 17 Disember ini di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur bagi mengumpul dana untuk membantu rakyat Rohingya.

 Konsert mini ini anjuran INSAF Malaysia, sebuah pertubuhan kemanusiaan dengan kerjasama Padi Records, Solaris Music, PERMIS dan Gabungan CK Biker’s Club, menurut kenyataan yang dikeluarkan.

 Para peminat akan disajikan dengan lagulagu popular Damastura antaranya ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’, ‘Sufi ’ dan ‘Asyik’.

 Bagi Damastura yang dianggotai oleh Baggio (vokal), Amran (Bass), Alok (Gitar) dan Assu (Dram), peluang ini mereka ambil sebagai sumbangan mereka kepada matlamat kemanusiaan yang lebih besar.

 Jumlah yang berjaya dikumpul daripada konsert mini ini akan disalurkan kepada bantuan kemanusiaan warga Rohingya yang ditempatkan di Kem Perlindungan Cox Bazar, Bangladesh dan juga kepada program amal INSAF seluruh Malaysia.

 Selain Damasutra artis-artis dari Padi Records dan Solaris Music seperti Ammy Fara dari Thailand, Real Spin dan Ezza dari Filipina akan turut menghiburkan para peminat.

 — Bernama

Advertisement