Anda di sini

Seorang maut, 18 cedera dalam letupan hab gas utama Austria

Advertisement

VIENNA: Satu letupan menggegarkan salah satu hab saluran paip gas terbesar di Austria hari ini, dan menyebabkan satu kematian dan 18 cedera, kata khidmat kecemasan.

Kejadian itu berlaku di Baumgarten, timur Vienna, IAITU titik penerimaan terbesar Austria dan hab pengedaran utama untuk import gas dari Rusia, Norway dan tempat lain.

"Letupan itu berlaku pada jam 8.45 pagi (0745 GMT), diikuti oleh kebakaran," kata jurucakap polis Edmund Tragschitz kepada AFP, sambil menambah punca belum dapat dikenalpasti.

"Keadaan adalah terkawal," katanya. Beliau kemudian meletakkan jumlah orang yang cedera, termasuk seorang cedera serius dan yang cedera ringan, sekitar 60.


Jurucakap Palang Merah, Sonja Kellner memberitahu Agensi Akhbar Austria bahawa seorang telah terbunuh dan 18 orang cedera.

Polis dalam di media sosial berkata, orang ramai harus mengelakkan kawasan sekitar Baumgarten berhampiran sempadan timur Austria dengan Slovakia. - AFP

Gambar menunjukkan hab saluran paip gas utama Austria di Baumgarten, timur Vienna, dimana letupan menggegarkan tapak tersebut. - Foto AFP
Gambar menunjukkan hab saluran paip gas utama Austria di Baumgarten, timur Vienna. - Foto AFP
Advertisement