Anda di sini

Pertandingan akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan meriah

Advertisement
 Nurul (tengah), Eiffel (kiri) dan Camaiellya (kanan) menunjukkan hadiah yang dimenangi.
MENANG: Nurul (tengah), Eiffel (kiri) dan Camaiellya (kanan) menunjukkan hadiah yang dimenangi.

KUCHING: Pertandingan akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya dekat sini baru-baru ini berlangsung meriah dengan kehadiran begitu ramai penonton untuk menyaksikan persembahan enam finalis yang berentap.

Juara telah dinobatkan kepada Nurul Maimanah Abdul Qahar, 11, dari Melaka sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala dan sijil.

Nurul yang mempersem-bahkan lagu ‘Lelaki Tera-gung’ dan ‘Listen’, yang dipopularkan oleh Dayang Nurfaizah serta Beyonce turut memenangi Anugerah Persembahan Terbaik dengan membawa pulang wang tunai RM1,000, piala serta sijil.

Naib juara ialah peserta dari Sabah, Eiffel Paul Pailus yang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, piala serta sijil manakala Camaiellya Edward dari Sarawak akur di tempat ketiga dengan menerima hadiah RM5,000, piala serta sijil.

Tiga lagi finalis lain, Dayang Irsyadhania Iraril dan Ain Fariesha Azamain dari Sabah serta Nur Ain Nadzirah Ahmad Safrie dari Sarawak masing-masing menerima hadiah sagu hati RM4,000, piala dan sijil.

Pertandingan akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017 turut disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Hadir sama isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Dato Jumaani Tuanku Bujang, Menteri Muda Bekalan Elektrik Dr. Abdul Rahman Junaidi serta Ketua Pengarah Penyiaran Dato’ Abu Bakar Abdul Rahim.

__alt__
 Abang Johari (duduk tengah) bersama Jumaani (depan, tiga kiri), Dr. Abdul Rahman (depan, dua kanan), Abu bakar (depan, kanan) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar bersama para pemenang Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017.
MENARIK: Abang Johari (duduk tengah) bersama Jumaani (depan, tiga kiri), Dr. Abdul Rahman (depan, dua kanan), Abu bakar (depan, kanan) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar bersama para pemenang Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017.
  • oleh
  • Advertisement