Anda di sini

Banduan dadah bolos di Bali

Advertisement
 Gambar fail 1 Mac, 2015 menunjukkan seorang banduan berdoa di hadapan Penjara Kerobokan di Denpasar, Bali. — Gambar Reuters
BANYAK KES: Gambar fail 1 Mac, 2015 menunjukkan seorang banduan berdoa di hadapan Penjara Kerobokan di Denpasar, Bali. — Gambar Reuters

DENPASAR: Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan atas tuduhan dadah meloloskan diri dari penjara terkenal Kerobokan di Bali awal pagi semalam bersama seorang banduan AS lain sebelum berjaya ditangkap semula, menurut pihak berkuasa.

Kedua-dua mereka bolos dari penjara utama di pulau peranginan Indonesia dengan memotong lubang pada bahagian bumbung dengan menggunakan gergaji tangan, menurut pihak berkuasa, tetapi belum diketahui bagaimana mereka memperolehi peralatan tersebut.

Pihak polis kini berkeliaran di pulau tersebut dan mengedarkan gambar Chrishan Beasley, 32, yang ditangkap pada Ogos kerana membawa lima gram ganja.

Rakyat asing seringkali ditangkap atas kesalahan dadah di Bali.

Beasley sedang menunggu penjatuhan hukuman dalam kesnya.

Tempoh hukuman penjara yang bakal dihadapinya belum diketahui namun Indonesia mempunyai sebahagian undang-undang dadah paling tegas di dunia, dengan hukuman mati dijatuhkan dalam beberapa kes pengedaran.

Rakan subahat Beasley dalam kejadian meloloskan diri, pencuri yang disabitkan Paul Anthony Hoffman, 57, segera diberkas sebelum bertindak lebih jauh.

Paul segera ditangkap semula oleh penduduk tempatan yang melihat dia cuba melepaskan diri sementara Chrishan, yang memanjat tembok sebelumnya, berjaya melarikan diri,” kata ketua warden Kerobokan Tonny Nainggolan.

Hoffman menjalani hukuman 20 bulan kerana merompak beberapa kedai serbaguna dengan bersenjatakan pisau.

Kerobokan menempatkan sebahagian banduan paling berbahaya dan berprofil tinggi di negara itu, termasuk anggota Bali Nine yang merancang membawa heroin ke Australia melalui Bali.

Dua anggota kumpulan itu telah dihukum mati.

Pada Mei, lebih 200 banduan melarikan diri beramai-ramai dari sebuah penjara yang sesak di pulau Sumatera, sementara pada tahun lepas seorang pembunuh kanak-kanak yang disabitkan melepaskan diri dari penjara dengan memakai tudung, mekap dan cermin mata gelap sebelum berjalan keluar melepasi pengawal yang tidak mengesyaki apa-apa. — AFP

Advertisement