Anda di sini

Penghargaan – Rendah Kos, Tinggi Impak

Advertisement

Terdapat beberapa definisi penghargaan. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, penghargaan bermaksud ‘memberi pengiktirafan kepada seseorang terhadap sumbangan atau perkhidmatannya’.

Dalam persekitaran kerja, semua orang berada di tahap yang sama dalam erti kata kita semua dibayar gaji untuk melakukan tugas kita.

Perbezaannya adalah dalam BAGAIMANA kita membuat kerja kita dan menguruskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Dalam hal ini, penghargaan memainkan peranan yang besar; ia mungkin juga bertindak sebagai penukar permainan!

Menurut Gallup, memberi pengiktirafan kepada pekerja adalah usaha yang murah tetapi berimpak tinggi yang berupaya membantu meningkatkan prestasi organisasi. Tetapi ia kurang berlaku kerana kita terlalu sibuk dan sering gagal untuk melihat di luar batas kerja di tangan.

Penghargaan menyemarakkan semangat

Pernahkah pekerja atau rakan sekerja anda menerima penghargaan daripada anda? Ramai yang bekerja berjam-jam tanpa wang pampasan atau lebihan faedah, dan sering tanpa menerima sebarang ucapan terima kasih. Walaupun begitu, mereka tetap berusaha gigih kerana merasakan ia kewajiban mereka untuk bekerja tanpa mengenal penat lelah serta membuat perbezaan dalam pekerjaan mereka.

Bayangkan betapa kuatnya dorongan kepada semangat mereka jika rakan-rakan dan bos mereka memberi tepukan di bahu dan berkata “Kami menghargai usaha anda”. Dalam situasi yang sesuai, bos juga boleh memberi ganjaran masa rehat tambahan kepada pekerja tersebut.

Oleh itu, marilah kita jangan kedekut dalam usaha menggalakkan seseorang yang lain, atau menjadi pemangkin dalam membawa rasa gembira dan puas hati kepada seseorang.

Artikel berkaitan: Berterima Kasih

Penghargaan meningkatkan motivasi

Apabila kita menghargai rakan sekerja, ia akan mewujudkan persekitaran di mana semua orang mahu bekerja. Ini bakal membuat perbezaan positif dalam suasana syarikat dan di kalangan rakan kerja yang lain.

Penghargaan yang diberikan pada dasarnya memberitahu seseorang itu bahawa “Saya perhatikan usaha anda. Kami menilai sumbangan kerja anda. Anda sungguh penting kepada organisasi ini.” Biarpun yang lain tidak menerima penghargaan pada saat tersebut, budaya memberi penghargaan akan menjadi pendorong motivasi kepada tenaga kerja yang lain dan menyemarakkan semangat mereka untuk berusaha dengan lebih tekun demi kecemerlangan diri dan organisasi.

Kalangan yang berada dalam kedudukan pengurusan atau kepemimpinann perlu menyedari betapa besar kesan positifnya perkataan atau perbuatan berunsurkan penghargaan yang diucapkan mereka kepada tenaga kerja.

“ANDA TIDAK MEMBINA PERNIAGAAN – YANG ANDA BINA ADALAH ORANG – DAN ORANG YANG MEMBINA PERNIAGAAN.” – ZIG ZAGLAR

Tenaga kerja pada umumnya cenderung merasa di atas angin apabila pengurus atau pemimpin menghargai mereka, biar pun sekadar berbelanja makan. Bukan kos belanja yang dijadi ukuran tetapi keikhlasan perlakuan yang menyentuh hati. Tindakan sepert ini mempunyai manfaat jangka panjang – ketika makan bersama dan berbicara tentang perkara yang tiada kaitan dengan kerja, mereka akan saling mengenal satu sama lain dengan lebih baik. Kemesraan yang terjalin bakal membolehkan mereka bekerja dengan lebih baik lagi.

Menurut kajian Gallup, sekitar 50% pekerja meninggalkan syarikat mereka untuk menjauhkan diri daripada bos mereka. Baik sekali jika kalangan yang dalam kedudukan kepimpinan mengambil perhatian tentang kajian ini – jangan jadi punca pergantian pekerja yang tinggi dalam organisasi anda!

Penghargaan boleh diberi oleh sesiapa jua

Dalam persekitaran kerja, penghargaan tidak semestinya hanya daripada pihak atasan kepada tenaga pekerja; ia boleh juga diberikan oleh tenaga kerja kepada bos, dan antara tenaga kerja sesama sendiri.

Apabila bos melakukan sesuatu yang baik untuk kebajikan tenaga pekerja, mereka patutlah mengucapkan terima kasih kepada bos kerana prihatin terhadap hal ehwal mereka. Ya, bos sememangnya bertanggungjawab menjaga kesejahteraan pekerja tetapi itu adalah pilihannya. Dia memilih untuk melaksanakan penghakiman yang baik untuk kakitangan. Ucapkanlah terima kasih kepadanya.

Tenaga pekerja mungkin berfikir bahawa mereka tidak sepatutnya menyatakan penghargaan kepada bos, tetapi cuba kita fikir, bos juga manusia seperti kita dan perlu digalakkan dengan penghargaan yang wajar. Begitu juga rakan-rakan sekerja kita. Dan ya, keluarga kita juga.

Akhir kata

Penghargaan boleh memeriahkan hari, bahkan mengubah baik hidup, seseorang. Kita patut sedia melakukannya. Fikirkan sejenak. Pasti ada seseorang, baik di tempat kerja, rumah, atau komuniti, yang telah melakukan sesuatu yang baik untuk anda. Beritahunya. Hargainya.

Semua dalam tangan kita untuk membuat orang lain merasa baik. Langkah pertama adalah yang paling sukar kerana kita tidak dapat membayangkan tindak balas orang itu. Jangan terlebih fikir. Respons adalah sekunder. Buat sahaja! (seperti slogan Nike).

AKAR SEGALA KEBAIKAN TERLETAK PADA TANAH PENGHARGAAN ATAS KEBAIKAN. – DALAI LAMA

Yeoh Lin Lin ialah editor Bahasa Malaysia di Leaderonomics.com. Dia boleh dihubungi menerusi [email protected], Facebook dan LinkedIn.

Sumber

  • oleh
  • Advertisement