Anda di sini

Fatah seru Palestin terus demonstrasi

Advertisement
 Menteri Luar Palestin Riyad Al Maliki bercakap semasa sidang akhbar di Kedutaan Palestin di Kaherah, kelmarin mengenai perkembangan terbaharu susulan pengumuman Trump. — Gambar Reuters
PENDIRIAN TEGAS: Menteri Luar Palestin Riyad Al Maliki bercakap semasa sidang akhbar di Kedutaan Palestin di Kaherah, kelmarin mengenai perkembangan terbaharu susulan pengumuman Trump. — Gambar Reuters

Lawatan Pence ke wilayah tersebut hujung bulan ini tidak akan dilayan Abbas

RAMAL LAH: F a t a h menyeru penduduk Palestin untuk terus berdemonstrasi mengecam peralihan polisi Washington mengenai status Baitulmaqdis tatkala pergerakan itu mengesahkan pemimpin mereka enggan bertemu naib presiden Amerika Syarikat (AS) lewat bulan ini sebagai tanda protes terhadap keputusan kontroversi itu.

 Selepas protes mencengkam T e b i n g B a r a t d a n Semenanjung Gaza buat hari ketiga berturut-turut, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tiba di Paris semalam dan disambut demonstrasi lantang.

 Keputus an Pr e s ide n AS Donald Trump pada Rabu untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ‘ibu negara’ Israel menjejaskan diplomasi puluhan dekad AS dan mencetuskan kecaman diplomatik global.

 Empat pemuda Palestin telah terkorban dan puluhan lagi cedera sejak pengumuman polisi itu yang mencetuskan kritikan semua anggota Majlis Keselamatan PBB dalam mesyuarat tergempar pada Jumaat.

 Dalam satu kenyataan, Fatah menyeru rakyat Palestin terus berdemonstrasi dan menyebarkannya ke setiap pelosok di mana anggota tentera rejim berada di Tebing Barat.

 Ketuanya Presiden Palestin Mahmud Abbas juga menjadi tokoh Arab berpengaruh untuk menarik diri daripada rundingan dengan Mike Pence yang akan melawat wilayah itu lewat bulan ini.

 “Tidak akan ada mesyuarat dengan naib presiden Amerika di Palestin.

 “Amerika Syarikat telah melanggar semua sempadan deng an keputus anny a mengenai Baitulmaqdis,” tegas penasihat diplomatik Abbas Majdi al-Khaldi.

 Pope Kopt ik Me s i r Tawadros II juga membatalkan mesyuarat dengan Pence k e r a n a Tr ump g a g a l mengambil kira perasaan jutaan orang Arab.

 Ahmed al-Tayeb yang mengetuai Universiti Al- Azhar, institusi terkemuka Sunnah Mesir, juga menarik diri daripada pertemuan yang telah dirancangkan.

 Pertempuran terbaharu meletus kelmarin tatkala para penduduk Palestin di wilayah terjajah Tebing Barat melontar batu ke arah anggota tentera Israel yang membalasnya dengan gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup.

 Serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza membunuh dua anggota Hamas kelmarin manakala dua lagi mati dekat pagar sempadan sehari sebelumnya.

 Penduduk yang berkabung meluahkan kemarahan = semasa majlis pengebumian mangsa manakala = bas juga dilontar dengan batu dekat bandar Arab di daerah utara Wadi Ara, menyebabkan pemandunya cedera.

 Bu l a n S a b i t Me r a h Palestin memberikan angka kecederaan lebih tinggi iaitu 171 di Tebing Barat dan 60 di Gaza, dengan kecederaan akibat tembakan, terhidu gas pemedih mata dan dibelasah anggota tentera.

 Di Baitulmaqdis timur yang dirampas rejim Israel, polis melepaskan bom tangan pegun untuk meleraikan penduduk Palestin yang berdemonstrasi di jalan utama Salahedin, menurut jurukamera AFP.

 Kenyataan polis Israel berkata, empat anggotanya cedera ringan dan 13 penunjuk perasaan telah ditangkap.

 S eme n t a r a i t u d i KAHERAH, para menteri luar Arab lewat kelmarin menggesa AS agar menarik b a l i k k e p u t u s a n n y a mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ‘ibu negara’ Israel, menyatakan tindakan itu akan memburukkan keganasan di seluruh wilayah.

 Pengumuman Trump Rabu lepas merupakan pencabulan berbahaya undang-undang antarabangsa, tiada kesan perundangan dan tidak sah, menurut pihak Liga Arab selepas sesi yang dihadiri semua anggotanya.

 Pe n e r ima a n Tr ump terhadap tuntutan Israel bagi seluruh Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya akan menarik balik polisi AS selama ini bahawa status bandar harus diputuskan dalam rundingan dengan pihak Palestin, yang inginkan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara bagi negara akan datang mereka.

 “Keputusan itu tiada kesan perundangan, ia hanya menambahkan ketegangan, memarakkan kemarahan dan mengancam untuk menjerumuskan wilayah ke dalam keganasan dan ketegangan,” Liga Arab menyatakan jam 3 pagi waktu tempatan selepas pertemuan beberapa jam yang bermula petang kelmarin.

 Ia menyatakan ia akan mendapatkan resolusi Majlis Keselamatan PBB bagi menolak tindakan AS itu.

 Menteri Luar Lubnan Gebran Bassil menyatakan semasa pertemuan tergempar bahawa negara Arab harus m e m p e r t i m b a n g k a n mengemukakan sekatan ekonomi terhadap AS bagi menghalang ia memindahkan kedutaan I s raelnya ke Baitulmaqdis dari Tel Aviv.

 “Langkah awal (harus) diambil, bermula dengan langkah diplomatik, kemudian politik, kemudian ekonomi dan sekatan kewangan,” jelas beliau, tanpa memberikan maklumat terperinci.

 Kenyataan Liga Arab tidak menyebut tentang sekatan ekonomi.

 — Wirenews

Advertisement