Anda di sini

Tujuh bintang Gegar Vaganza 4 di pentas separuh akhir malam ini

Advertisement
 Liza Hanim, Tia Jinbara, Firman, Syura, Lan, Aishah dan Hazami dalam konsert separuh akhir malam ini.
SEPARUH AKHIR: Liza Hanim, Tia Jinbara, Firman, Syura, Lan, Aishah dan Hazami dalam konsert separuh akhir malam ini.

KONSERT Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) suku akhir pada minggu lepas menyaksikan penyanyi da pelakon Aqasha diumumkan sebagai bintang terkini yang tersingkir selepas mendapat markah terendah berbanding peserta lain selepas dinilai oleh juri profesional.

 Dengan penyingkiran itu, seramai tujuh lagi bintang akan mara ke minggu separuh akhir pada malam ini iaitu Liza Hanim, Firman, Hazami, Lan, Tia Jinbara, Aishah dan Syura.

 Cabaran konsert di minggu separuh akhir yang bertemakan Goyang Kaki Goyang Tangan & OST akan melihat Aishah akan menyanyikan lagu ‘River Deep Mountain High’ (Tina Turner) dan ‘Keranamu Kekasih’ (Illa Sabri), Firman menyanyikan lagu ‘I Feel Good’ (Chris Brown) dan ‘Menanti Sebuah Jawaban’ (Padi), Hazami dengan lagu ‘Getaran’ (Famieza) dan ‘Hello’ (Lionel Richie), Liza Hanim dengan ‘Kesal’ (Ella) dan ‘Jagalah Diri’ (Jaclyn Victor), Lan dengan ‘Kalis Rindu’ (Elyana) dan ‘Ukiran Jiwa’ (Awie), Syura dengan ‘Dokter Cinta’ (Dewi Dewi) dan ‘Cinta Antara Bernua’ (Arni Nazira), dan Tia Jinbara lagu ‘Hukum Karma’ (Wings) dan ‘Isabella’ (Search).

 Hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse pula akan menyanyikan lagu ‘Opera Hidup’ (Wings) dan ‘Aspalela’ (Saiful Apek) sebagai persembahan pembukaan.

 Konsert mingguan GV4 dipancarkan secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta boleh dinikmati juga di aplikasi Astro GO dan perkhidmatan ‘on demand’ untuk lebih fl eksibel.

 Masih mengekalkan format asal, nasib para bintang diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

 Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain manakala naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi .

 Pemenang tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masingmasing akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi dan hadiah sampingan setiap seorang.

Advertisement