Anda di sini

Kes hak penjagaan anak pengurus bank mati dibunuh ditangguh ke Rabu depan

Advertisement

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini semalam menangguhkan pendengaran hak penjagaan anak pengurus bank Sibu yang mati dibunuh, Wong Jing Kui hingga Rabu depan.

Pesuruhjaya Kehakiman Celestina Stuel Galid membuat keputusan itu selepas peguam responden Roger Chin dan Lim Heng Choo mengemukakan bantahan awal mereka.

Chin berkata, mereka telah menjawab permohonan mengenai dua isu, iaitu pertindihan dalam permohonan itu dan permohonan untuk membatalkan kelayakannya dan Lim daripada mewakili responden.

Responden adalah ibu kepada anak kanak-kanak, Ling Hang Tsyr yang dijatuhi hukuman mati pada 27 Oktober tahun ini selepas didapati bersalah kerana membunuh suaminya.

Chin berkata keluarga berkenaan telah memfailkan saman pemula terhadap hak penjagaan kanak-kanak itu pada November 2012 dan kini mereka telah memfailkan notis permohonan pada Disember tahun ini, tetapi atas perkara yang sama.

Advertisement