Anda di sini

Kebakaran marak ragut nyawa pertama

Advertisement
 Anggota bomba mengawasi kebakaran ‘Thomas’ di sepanjang 101 Freeway di Ventura, California, kelmarin. — Gambar Reuters
MARAK: Anggota bomba mengawasi kebakaran ‘Thomas’ di sepanjang 101 Freeway di Ventura, California, kelmarin. — Gambar Reuters

LOS ANGELES: Anggota bomba kelmarin berdepan dengan kebakaran hutan yang marak di sekitar selatan California yang memaksa berpuluh ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka, termasuk penduduk yang berada di luar Los Angeles, bandar kedua terbesar di Amerika.

Angin dengan tiupan sekuat hurikan iaitu sehingga 80 batu sejam memarakkan lagi kebakaran, mencetuskan keada-an apokaliptik di kaki bukit yang ditutupi dengan asap tebal dan api yang marak.

Di sebalik kekuatan api, hanya satu kematian dilaporkan setakat ini. Tim Lohman dari Pejabat Syerif Ventura menyatakan satu mayat yang tidak dikenali ditemui malam semalam.

Sebanyak enam kebakaran utama yang sedang membakar sekarang, dan api sedang menuju ke selatan ke arah Santa Barbara dan San Diego.

Pihak berkuasa berkata angin yang kuat memarakkan lagi kebakaran diramal akan berterusan sehingga hari ini, menjadikan keadaan sebagai sangat berbahaya.

Lebih 4,000 anggota bomba dan beberapa pesawat dan helikopter dikerah bagi menangani kebakaran itu di Los Angeles County dan Ventura County, kata pegawai bomba.

Kira-kira 90 minit di selatan Los Angeles, dua kebakaran sedang bergerak di pantai ke arah pekan Murrieta, membakar lebih 900 hektar tanah dan mengancam beratus-ratus rumah.

“Kami mendengar bunyi letupan tangki propana. Ia bermakna sebuah rumah sedang terbakar. Ia adalah sangat menyedihkan,” kata seorang penduduk berdiri berhampiran pagar sebuah ladang di kawasan luar bandar, di mana banyak kuda terpaksa dipindahkan.

Pentagon mengumumkan pihak California National Guard mengerahkan 65 pasukan bagi membantu dalam usaha memadamkan kebakaran, yang terjejas akibat angin bermusim Santa Ana.

“Tiada kemampuan untuk memadamkan kebakaran dalam keadaan angin sebegini,” ketua Cal Fire Ken Pimlott berkata.

Anggota Jabatan Bomba California (Cal Fire) memberi amaran kepada penduduk agar bersedia untuk berpindah berdasarkan arahan bila-bila masa.

“Keadaan yang sangat ke-ring dan Angin Santa Ana akan berterusan menambahkan bahaya kebakaran,” kata Cal Fire dalam kenyataan Twitter. “Bersedia sekarang bagi memastikan sekiranya dipindahkan, anda dan keluarga anda bersedia untuk PERGI!”

Rumah agam bernilai berjuta-juta dolar musnah di kawasan kediaman Bel Air di Los Angeles, di mana ramai selebriti yang memiliki rumah dan taikun media Rupert Murdoch memiliki sebuah estet bernilai $30 juta, Moraga Bel Air Winery.

Selain Bel Air, kawasan kejiranan berpengaruh di Los Angeles di antara Mulholland Drive ke utara dan Sunset Boulevard hingga ke selatan merupakan sebahagian daripada zon pemindahan.

Universiti California, Los Angeles membatalkan kelas – dua hari sebelum permulaan peperiksaan akhir – ketika anggota bomba memadamkan api “Skirball” berhampiran kampus yang luas.

Seterusnya ke utara, di Ventura County, satu kebakaran yang lebih besar, kebakaran “Thomas”, sedang marak dan mengancam beberapa pekan pantai dan darat.

Kebakaran itu memus-nahkan 38,850 hektar dan memaksa 50,000 meninggalkan rumah mereka, menurut Cal Fire.

Datuk Bandar Los Angeles Eric Garcetti berkata lebih 230,000 terpaksa berpindah di wilayah Los Angeles dan Ventura.

Beberapa lebuh raya utara-selatan, termasuk laluan terkenal Route 101, ditutup sementara waktu ketika kebakaran merebak ke atas jalan raya dan membakar beberapa rumah tepi pantai.

Api “Skirball” bermula pada pagi Rabu dan mula merebak sehingga  Bel Air, kediaman CEO SpaceX Elon Musk, bintang terkenal pop Beyonce dan beberapa selebriti lain.

Polis mengetuk setiap pintu dan menggunakan alat pembesar suara bagi memastikan semua orang sudah meninggalkan rumah masing-ma-sing.

Peramal menjangka angin akan menyebabkan kebakaran merebak lebih jauh, mengancam lebih banyak rumah dan muzium Getty Center.

Getty – tempat menyimpan beberapa karya agung termasuk hasil kerja oleh Monet dan Rembrandt – telah ditutup.

Pihak berkuasa muzium memaklumkan bahawa sistem penapisan udara melindungi galeri dari asap.

Ini merupakan tahun pa-ling teruk di California bagi kebakaran hutan. Lebih 40 terkorban pada Oktober ketika kebakaran memusnahkan wilayah pengeluaran wain di negara ini di utara San Francisco. — AFP

Advertisement