Anda di sini

Amy Search bakal beraksi di konsert ‘Public Distortion’ malam ini

Advertisement
__alt__

LAGENDA rock terkenal, Amy Search bakal beraksi dalam konsert ‘Public Distortion 2017’, kolaborasi antara XPDC dan Prime Domestic.

Ahli kumpulan Prime Domestic, Joe memberitahu sidang media baru-baru ini, kehadiran Amy Search sebagai artis jemputan khas adalah sesuai dengan tema konsert itu sendiri iaitu persembahan kolaborasi band rock.

Persembahan konsert selama 3 jam itu akan berlangsung pada hari ini (Sabtu) di Oasis Square Damansara, jam 8.45 malam.

Sementara itu, Joe turut mengulas mengenai isu sabotaj di media sosial di mana ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaibkan kumpulan yang terlibat iaitu Prime Domestic dan XPDC.

Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir berkata isu sabotaj yang dilakukan terhadap Konsert Public Distortion tidak memberi kesan buruk ke atas penjualan tiket konsert itu.

“Insiden itu tidak memberikan apa-apa kesan negatif terhadap persiapan dan sambutan kepada Public Distortion.

“Bahkan semakin ramai yang membeli tiket dan ingin menonton,” kata Joe. — Bernama

Advertisement