Anda di sini

Harith Iskander terima anugerah daripada Duta Finland

Advertisement
 Puhakka (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada Harith (dua kanan). Turut kelihatan adalah Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanthan. — Gambar Bernama
ANUGERAH: Puhakka (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada Harith (dua kanan). Turut kelihatan adalah Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanthan. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Pelawak popular Harith Iskander yang meraih gelaran ‘Funniest Person in the World’ anjuran Laugh Factory di Finland Disember tahun lalu, menerima anugerah itu daripada Duta Finland di Malaysia, Petri Puhakka.

 Anugerah itu disampaikan sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaan Finland ke-100 di sini, pada Rabu lepas.

 Harith, yang hampir 30 tahun berke-cimpung dalam dunia lawak solo, berkata anugerah itu adalah satu penghormatan buat dirinya dan menjadi pemangkin untuk terus terbabit dalam industri hiburan.

 “Anugerah ini memang di luar jangkaan saya, ...saya sangat berterima kasih dan menghargainya.

 “Insya-Allah, pertandingan yang sama iaitu Funniest Person in the World 2018 akan diadakan di negara ini dan saya akan terbabit dalam pertandingan,” katanya selepas menerima anugerah itu.

 Pada Disember 2016, sebagai pemenang, Harith memperoleh AS$100,000 (RM448,000) serta melakukan persembahan komedi dalam siri jelajah di Amerika Syarikat selain menerima liputan luas media seluruh dunia.

 — Bernama

Advertisement