Anda di sini

Warga asing mengaku salah bekerja di kedai siber haram

Advertisement

MIRI: Gara-gara bekerja di sebuah kedai siber haram, seorang lelaki warga asing didenda RM4,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah Herman @ Chin Siet Kong mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 5 (2) Ordinan Hiburan 2001.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh sebagai penjaga tempat hiburan didapati telah bekerja di sebuah kedai siber atas talian yang beroperasi tanpa lesen sah.

Herman, 25, dan berasal dari Pontianak, Indonesia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11 malam, 22 November lalu di sebuah premis di Jalan Nakhoda Gampar di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Advertisement