Anda di sini

Kes buang bayi, pelajar lelaki direman hingga 11 Disember

Advertisement

SIBU: Pelajar Tingkatan 3 yang disyaki terlibat dalam kes buang bayi direman tiga hari sehingga 11 Disember ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Khoo semasa dihubungi petang semalam.

Katanya, teman wanita suspek yang merupakan kanak-kanak berusia 12 tahun bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis.

Suspek direman lima hari sehingga 11 Disember ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, bayi lelaki tersebut kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ibu bayi berkenaan ditahan polis pada jam 10 pagi semalam, manakala kekasihnya ditahan sekitar jam 3 petang pada hari yang sama.

Advertisement