Anda di sini

Jack Tan dari Malaysia rangkul anugerah aktor terbaik ACFF 2017

Advertisement
 Pelakon dan penyanyi Malaysia yang semakin meningkat naik Jack Tan berlakon sebagai seorang anak lelaki yang menanggung beban keluarganya dalam filem ‘Shuttle Life’ arahan Tan Seng Kiat.
AKTOR TERBAIK ACFF 2017: Pelakon dan penyanyi Malaysia yang semakin meningkat naik Jack Tan berlakon sebagai seorang anak lelaki yang menanggung beban keluarganya dalam filem ‘Shuttle Life’ arahan Tan Seng Kiat.

AKTOR Malaysia Jack Tan memenangi Anugerah Aktor Terbaik menerusi filem Malaysia ‘Shuttle Life’ pada majlis penutupan Festival Filem ASEAN-China (ACFF) 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya pada 4 Disember lepas. 

Filem China ‘Wolf Warrior 2’ memenangi anugerah filem Rencana Terbaik sementara aktres Filipina, Laila Ulao diumumkan Aktres Terbaik menerusi filem ‘Women of the Weeping River’.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam ucapannya pada majlis itu berkata ACFF dapat mendorong pembikin filem di ASEAN dan China mengadakan kerjasama rentas sempadan dalam produksi filem.

Filem dapat juga memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan China, katanya lagi.

ACFF berlangsung dari 1 Disember hingga 4 Disember. Ini kali pertama festival itu diadakan di sebuah negara ASEAN. 

Bandaraya Xiamen di wilayah Fujian, China akan menjadi hos bagi ACFF 2018.

ACFF adalah program pertukaran budaya rakyat dengan rakyat antara  ASEAN dan China, dengan filem menjadi medianya. 

ACFF merupakan program baharu pertukaran budaya antara rakyat dengan rakyat melibatkan ASEAN dan China, yang menjadikan filem sebagai media.

Program itu bertujuan meningkatkan kerjasama persahabatan ASEAN-China serta menjadi platform kerjasama jangka panjang dalam industri perfileman melalui bimbingan kerajaan, penyertaan masyarakat dan tajaan badan korporat.

Sejumlah 23 filem dari 10 negara ASEAN dan tujuh filem dari China ditayangkan di ACFF.

Dianjurkan Agensi Kewangan ASEAN dan Guangxi Art University of China, festival ini juga mendapat sokongan daripada Sekretariat ASEAN, Kedutaan China di Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Persatuan Persahabatan Malaysia-China. — Bernama

Advertisement