Anda di sini

Peserta cilik dari Melaka dinobat juara Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017

Advertisement
 Abang Johari (duduk tengah) bersama Jumaani (depan, tiga kiri), Dr. Abdul Rahman (depan, dua kanan), Abu bakar (depan, kanan) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar bersama para pemenang Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017.
MENARIK: Abang Johari (duduk tengah) bersama Jumaani (depan, tiga kiri), Dr. Abdul Rahman (depan, dua kanan), Abu bakar (depan, kanan) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar bersama para pemenang Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017.

KUCHING: Persembahan memukau Nurul Maimanah Abdul Qahar yang menyanyikan lagu ‘Lelaki Teragung’ dan ‘Listen’, yang dipopularkan oleh Dayang Nurfaizah serta Beyonce membolehkannya dinobatkan sebagai juara Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017.

Peserta berusia 11 tahun dari Melaka itu menewaskan lima finalis lain dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, malam kelmarin sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala dan sijil.

Malah, Nurul turut merangkul Anugerah Persembahan Terbaik dengan membawa pulang wang tunai RM1000, piala serta sijil.

Manakala naib juara ialah peserta dari Sabah, Eiffel Paul Pailus dan tempat ketiga ialah Camaiellya Edward dari Sarawak.

Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai RM7000 dan RM5000, piala serta sijil.

Tiga lagi finalis, Dayang Irsyadhania Iraril dan Ain Fariesha Azamain dari Sabah serta Nur Ain Nadzirah Ahmad Safrie dari Sarawak masing-masing menerima hadiah sagu hati RM4000, piala dan juga sijil.

Pertandingan akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017 turut disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Hadir sama isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Dato Jumaani Tuanku Bujang, Menteri Muda Bekalan Elektrik Dr. Abdul Rahman Junaidi serta Ketua Pengarah Penyiaran Dato’ Abu Bakar Abdul Rahim.

Siaran langsung Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017 itu turut disiarkan di saluran TV2, stesen radio NASIONALfm, SARAWAKfm, dan radio di atas talian di rtmsarawak.gov.my/SARAWAKfm.

Antara artis yang membuat persembahan pada malam itu adalah Aizat Amdan, Syamel, Ara Johari dan Ismail Izzani. Konsert akhir itu dihoskan oleh Anding.

  • oleh
  • Advertisement