Anda di sini

Tahfiz Muda musim kedua tampil 12 peserta cilik dari Malaysia, Indonesia

Advertisement
 Dua Belas barisan peserta Tahfiz Muda 2017.
KEMBALI DENGAN MUSIM BAHARU: Dua Belas barisan peserta Tahfiz Muda 2017.

PROGRAM realiti Islamik kanak-kanak, ‘Tahfi z Muda’ kini kembali di musim kedua serta melebarkan sayapnya di peringkat Nusantara dengan penglibatan peserta dari Indonesia.

 Musim ini memperlihatkan 12 tahfi z muda berumur dalam lingkungan 5 hingga 12 tahun dari serata pelusuk Malaysia dan Indonesia berjaya mendapat tempat sebagai peserta.

 ‘Tahfi z Muda 2017” merupakan sebuah program realiti yang menguji dan mencungkil kemahiran kanak-kanak terhadap kebolehan mereka dalam menghafaz kitab suci Al-Quran.

 Mengangkat tema ‘Quranku, Sahabatku’, program yang bakal bersiaran selama tujuh minggu ini akan membawa penonton untuk menghayati Al-Quran sebagai panduan dan cahaya dalam hidup sekali gus menambahkan lagi ketaqwaan umat Islam kepada Allah SWT agar lebih gigih berusaha untuk memahami Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

 Sesi uji bakat telah diadakan pada bulan September dan Oktober lalu di Kuala Lumpur yang mana menyaksikan kehadiran hampir 400 peserta dari Malaysia dan Indonesia yang mewakili negara-negara Nusantara.

 Jumlah peserta untuk musim ini meningkat kepada 12 orang berbanding 10 orang pada musim terdahulu.

 Mereka terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan.

 Mereka adalah Naufal Haris Mohd Rizal (11 tahun, Johor), Muhammad Mikail Muhammad Lukman (8 tahun, Bangi), Gema Rasya Kaka Wiratama (9 tahun, Hiburan Tah­ z Muda musim kedua tampil 12 peserta cilik dari Malaysia, Indonesia Indonesia), Arif Nur Aiman Ahdin (11 tahun, Sabah), Mior Muhammad Hafi zuddin Mir Idris (10 tahun, Kuala Lumpur), Siti Aisyah Firdaus (7 tahun, Selangor), Syauqiyah Firdaus Shahfuddin (10 tahun, Selangor), Nurul Syazliana Ayob (10 tahun, Pahang), Fatimah Az- Zahra Muwafi k (5 tahun, Indonesia), Nur Khodijah Sohaimi (10 tahun, Selangor), Amna Nafi sa Malik (8 tahun, Kuala Lumpur) dan Muhammad Fawwaz Mohd Farhan (11 tahun, Selangor).

 Untuk musim ini, program ‘Tahfi z Muda 2017’ akan diadili sepenuhnya oleh empat orang juri iaitu Ustaz PU Hafi z dan Ustaz Don Daniyal sebagai ‘Hakim Munabbih (Hafazan)’, Ustazah Sharifah sebagai ‘Hakim Tilawah & Taranum’ serta Ustaz Zambri sebagai ‘Hakim Tajwid’.

 Program ini juga sekali lagi akan menampilkan Imam Muda Asyraf sebagai Pengacara.

 Istimewanya lagi, program ini turut menampilkan seorang pelakon dan pengacara wanita popular tanah air, Elfi ra Loy, yang bakal menggalas tugas ‘Pengacara Rehal’ bergandingan bersama Imam Muda Asyraf.

 Bagi memeriahkan lagi musim kali ini, karakter animasi bernama ‘Adam’ turut dikekalkan.

 Adam akan membuat penampilan di antara segmen dalam episod Persada Tahfi z Muda untuk berkongsi beberapa tips dan trivia mengenai Al-Quran.

 Menurut Ahmad Fuad Mat Ali, Pengurus Saluran Astro Oasis, “Pada musim kedua Tahfi z Muda ini, kami menemui ramai bakat cilik yang memiliki bakat besar dalam menghafaz Al-Quran dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

 Melihat akan sambutan positif ini, kami menambah jumlah peserta musim ini kepada 12 orang berbanding 10 orang pada musim lalu.

 “Memandangkan program ini masih lagi baru dalam kalangan penonton, kami masih mengekalkan format program seperti musim terdahulu dimana para peserta mempersembahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan seterusnya dinilai oleh barisan juri.

 Kami berharap inisiatif yang diambil untuk terus menghidupkan budaya cinta dan hafaz Al-Quran dalam diri anak kecil terus mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

 “Secara kesimpulannya, kami sendiri berasa amat berbesar hati kerana dapat menyediakan peluang kepada golongan kanak-kanak menerusi platform yang kami miliki untuk mereka mengasah dan mengembangkan bakat dalam hafazan, agar menjadi ikutan semua.

” Setiap minggu, peserta akan menempuhi cabaran dan tema yang berbeza.

 Para peserta dikehendaki menghafal surah-surah yang terkandung dalam juzuk ke-30 (Juz Amma) dan beberapa surah pilihan.

 Mereka akan dinilai daripada segi kelancaran hafazan, ketepatan tajwid, kreativiti bacaan (tarannum), keterampilan dan personaliti, pengetahuan asas fardu ‘ain serta idea kreatif persembahan.

 Semasa mengadili peserta pada persembahan mingguan, barisan juri boleh menyoal peserta perkara berkaitan dengan surah yang dialunkan seperti teknik bacaan dan cerita di sebalik surah tersebut.

 Mereka juga boleh menanyakan soalan umum seperti kisah para Nabi dan sahabat serta soalan berkaitan fardu ‘ain.

 Dalam beberapa persembahan pentas, peserta akan dicabar sama ada oleh barisan juri, Ikon Islamik jemputan mahupun penonton untuk menyempurnakan bacaan surah yang dipilih secara rawak oleh mereka.

 Pemarkahan dibuat sepenuhnya oleh barisan juri dan peserta dengan jumlah markah terendah pada penghujung program akan disingkirkan pada minggu tersebut.

 Juara ‘Tahfi z Muda’ akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan sebuah trofi manakala Naib Juara sebanyak RM7,000 dan juga trofi .

 Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang RM5,000 dan RM3,000 serta sebuah trofi .

 Tahfi z Muda 2017 akan bersiaran setiap hari Khamis mulai 14 Disember jam 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan siaran serentak di Maya HD (saluran 135).

Advertisement