Anda di sini

Shuib Sepahtu tinggalkan Sinar FM, mahu fokus kepada perniagaan & aktiviti seni

Advertisement
 Shuib semasa mengumumkan akan mengundur diri dari Sinar FM dalam video yang dimuat naik semalam di akaun rasmi Facebook Sinar FM.  — Gambar oleh IG Shuib / Facebook SINAR.FM
SEBAK: Shuib semasa mengumumkan akan mengundur diri dari Sinar FM dalam video yang dimuat naik semalam di akaun rasmi Facebook Sinar FM. — Gambar oleh IG Shuib / Facebook SINAR.FM

SELEPAS dua tahun menjadi seorang penyampai Sinar FM bermula 30 November 2015, semalam bersamaan dengan 29 November 2017, Shuib mengumumkan yang beliau akan mengundur diri dari stesen itu.

Menurut Shuib yang jelas kelihatan sebak dalam satu kiriman video di akaun Facebook Sinar FM, dia terpaksa membuat keputusan tersebut atas sebab tuntutan kerja dan kekangan masa yang tidak mengizinkan.

Sebenarnya saya ada pengumuman untuk semua hari ini. Sinar FM selamat tinggal kerana ini adalah hari terakhir saya di sini. Selepas dua tahun berada di Sinar.fm bermula 30 November 2015 sehingga hari ini, 29 November 2017.

Saya sayang Sinar Fm, dan menjadi penyampai radio dalam segmen pagi pula, Sepahtu Sinar memang satu penghormatan besar untuk saya tetapi hari ini saya terpaksa membuat keputusan dan tamatnya saya di stesen radio ini adalah atas dasar tuntutan kerja dan masa.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pendengar-pendengar Sinar FM, mereka yang di belakang tabir yang banyak beri dorongan dan sokongan sepanjang saya di Sinar FM,” katanya dalam video yang dimuat naik semalam itu..

Di stesen Sinar FM itu, Shuib mengemudi segmen pagi Sepahtu Sinar bersama dua lagi ahli kumpulan SEPAHTU iaitu Jep dan juga Rahim.  

Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM, Rasidah Khasim, “Pengemudi Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim merupakan tunjang utama bagi menguatkan inti pati rancangan pagi Sinar FM.

Hari ini (semalam), 29 November 2017, merupakan hari terakhir buat Shuib bersama Sinar FM.

Setelah dua tahun berkhidmat sebagai penyampai radio, Shuib mengambil keputusan untuk fokus kepada bidang perniagaan dan aktiviti seni. Pihak Sinar FM mengucapkan selamat maju jaya kepada Shuib.

Segala sumbangan dan pembabitan beliau selama ini amatlah kami hargai,” katanya.

Advertisement