Anda di sini

Kes penganggur nafi ugut bunuh lelaki dibicara lanjut 6 Disember

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 6 Disember ini untuk perbicaraan lanjut kes seorang penganggur yang menafikan tuduhan melakukan ugutan bunuh ke atas seorang lelaki lain.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan lanjut RM3,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Salihin Nori, 38, telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak membunuh Muammar Mutie Moini menggunakan sebatang kayu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5 petang, 14 November lalu di hadapan sebuah rumah di Jalan Desa Indah 2 Bandar Baru Permyjaya di sini.

Advertisement