Anda di sini

Judi di tempat awam, lelaki mengaku tidak bersalah

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan bermain judi haram di tempat awam.

Ginyok Mulie, 52, dari Tudan Fasa 6 di sini telah didakwa mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh menjalankan aktiviti perjudian jenis Holo.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 petang, 22 Oktober lalu di tapak lot tidak bernombor di Lorong Mulia 6 Tudan Fasa 2 di sini.

Setelah mendengar pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 11 Disember depan untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh diperintahkan supaya dibebas dengan jaminan RM1,500 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement