Anda di sini

Enam finalis mara ke Konsert Akhir Bintang Kecil 2017, Ahad ini

Advertisement
 Faridah (tengah), Saiful (kiri), Erma (tiga kiri) dan Zulkifli (dua kanan) bersama para finalis di sidang media itu semalam.
SIDANG MEDIA: Faridah (tengah), Saiful (kiri), Erma (tiga kiri) dan Zulkifli (dua kanan) bersama para finalis di sidang media itu semalam.

KUCHING: Bintang Kecil RTM 2017 kini hanya tinggal enam lagi finalis selepas penyingkiran peserta di konsert kedua Ahad lepas di Stadium Tertutup Negeri di sini.

Enam finalis itu adalah Eiffel Pau Pailus (Sabah), Dayang Irsyadhania Iraril (Sabah), Ain Fariesha Azamain (Sabah), Nurul Maimanah Abdul Qahhar (Melaka), Camaiellya Edward (Sarawak) dan Nur Ain Nadzirah Ahmad Safrie (Sarawak).

Di sidang media semalam, enam finalis tersebut telah memperkenalkan diri masing-masing kepada pengamal media dan menyampaikan selingan lagu yang akan dipersembahkan pada Konsert Akhir Bintang Kecil 2017 nanti.

Timbalan Pengarah Penyiaran RTM Sarawak, Faridah Sulong berkata pihaknya telah berjaya menukar enam finalis yang pada mulanya malu kepada mereka yang lebih berkeyakinan dan akan memukau penonton di konsert akhir itu nanti.

Tahun ini di dalam sesi ‘Berambeh’ peserta dibenarkan untuk menjalani latihan sambil beriadah bersama-sama selama tiga minggu, selain melawat sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Bandaraya.

Pada minggu terakhir ini, kesemua finalis akan dilatih oleh juru tari dari Bintang Kecil 2017 yang lalu, guru vokal Jay Thilag Viathilingam dari Sekolah Seni Kuching, dengan diiringi band Kombo D’ Aspirasi diketuai Eugene Clifford Suboh.

Siaran langsung akan ke udara pada 3 Disember jam 8.30 malam di TV2 atau ikuti siaran NASIONALfm, SARAWAKfm, dan radio di atas talian di rtmsarawak.gov.my/SARAWAKfm.

Johan Bintang Kecil RTM 2017 akan membawa pulang wang tuani RM10,000.

Tempat kedua akan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, sementara di tempat ketiga RM5,000.

Sebanyak 4,000 cabutan bertuah disediakan pada malam konsert tersebut bagi pengunjung menangi.

Majlis ke-31 itu akan dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir di sidang media itu semalam adalah Ketua Penolong Pengarah Kejuteraan Radio, Zulkifli Daud, Ketua Pembantu Seksyen TV, Erma Kartika Zaini dan Ketua Penolong Seksyen Radio Saiful Arini.

Advertisement