Anda di sini

Dua pemaju diarah bayar RM16,319.92 ganti rugi kepada pembeli rumah

Advertisement
 Maznah (tengah) bersama Alhadi (kiri) dan Woon (kanan) pada sidang media selepas pendengaran kes tribunal di Kuching semalam.
SIDANG MEDIA: Maznah (tengah) bersama Alhadi (kiri) dan Woon (kanan) pada sidang media selepas pendengaran kes tribunal di Kuching semalam.

KUCHING: Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan Sarawak (TTPPS) semalam mengarahkan dua pemaju tempatan membayar sejumlah RM16,319.92 ganti rugi kepada pembeli atas kelewatan menyerahkan rumah milik mereka.

Dalam kes pertama, Presiden TTPPS Datuk Maznah Dasmi mengendalikan kes tuntutan Clarence Ng Fung Shang.

Menurutnya, penuntut telah membeli rumah teres dua tingkat di Tanah Daerah Kuching Utara (KNLD) yang sepatutnya siap pada 28 September 2014 berdasarkan dokumen Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani pada 29 September 2012.

Maznah dalam penghakimannya berkata TTPPS akan mengambil kira tempoh tertunda dari tarikh 28 September 2014 hingga 29 November 2016 sejak Permit Menduduki (OP) dikeluarkan pada tarikh sama (29 November 2016).

“Berdasarkan akaun ini, jangka masa penangguhannya ialah 26 bulan dan amaun yang dibayar berdasarkan rumus yang dibenarkan oleh tribunal adalah RM400 sebulan.

“Oleh itu, jumlah tuntutan yang dianugerahkan kepada Ng adalah RM10,400, namun dia (Ng) telah bersetuju bahawa anjung kereta yang dibina oleh pemaju yang berharga RM5,200 akan ditolak daripada tuntutannya maka baki yang terhutang kepadanya ialah RMRM5,200,”katanya.

TTPPS juga menolak penjelasan pemaju bahawa penangguhan itu disebabkan pihak SESCO sedang melakukan kerja mereka kerana tiada bukti kukuh.

“Mahkamah tidak dapat mencari dokumen dan bukti konkrit berhubung kelewatan walaupun kami telah meminta dokumen tersebut. Kontraktor Mekanikal dan Elektrik (M&E) apabila ditanya oleh mahkamah tidak dapat menghasilkan keterangan mengenai kelewatan ini.

Beliau berkata pemaju perlu membayar sejumlah RM5,200 dalam masa 45 hari dari tarikh mereka menerima surat itu dari hari penghakiman.

Dalam kes berasingan melibatkan pasangan Zizie Vanesha Jamali@Jamahari dan Mohd Ali Mohd Idris yang telah membeli sebuah rumah berkembar satu tingkat daripada seorang pemaju di Tanah Daerah Muara Tuang (MTLD).

Maznah berkata dalam kes ini, pasangan itu menandatangani perjanjian jual beli pada 10 Julai 2012 dan rumah itu siap pada 9 Julai 2014.

“Hakikatnya ialah OP telah diberikan pada 3 November 2016 dan rumah itu siap 9 Julai 2014, berdasarkan fakta ini, penangguhan itu adalah 27 bulan 24 hari dan amaun yang perlu dibayar kepada tuntutan pasangan itu ialah RM11,119.92,” katanya.

Dalam kes ini, pemaju memberi alasan cuaca yang menyebabkan kelewatan tetapi TTPPS menolak alasan tersebut.

‘Susulan itu, jumlah pampasan yang perlu dibayar ialah RM11,119.92 dan kecacatan rumah perlu diperbaiki dalam tempoh satu bulan dari tarikh pemaju menerima penghakiman,” katanya.

Turut hadir Ahli TTPPS Alhadi Ibrahim dan Simon Woon Ta Meng.

Advertisement