Anda di sini

Perak miliki gedung beli-belah tepi tasik pertama di Malaysia

Advertisement
 Zambry (tiga kanan) melihat model pembangunan pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan ‘Silverlakes Brand Village Outlet’ berhadapan Stesen Tren Elektrik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Batu Gajah di Ipoh, kelmarin. Turut sama Pengerusi Ekeskutif Silverland Capital Datuk Azizan Abd Rahman (dua kiri). — Gambar Bernama
GEDUNG TEPI TASIK PERTAMA DI MALAYSIA: Zambry (tiga kanan) melihat model pembangunan pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan ‘Silverlakes Brand Village Outlet’ berhadapan Stesen Tren Elektrik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Batu Gajah di Ipoh, kelmarin. Turut sama Pengerusi Ekeskutif Silverland Capital Datuk Azizan Abd Rahman (dua kiri). — Gambar Bernama

BATU GAJAH: Silverlakes Brand Village Outlet di sini yang merupakan gedung beli-belah tepi tasik pertama di Malaysia, sedang dalam proses pembinaan dan dijangka beroperasi pada suku pertama 2019.

Pengerusi Eksekutif Silverland Capital Sdn Bhd, Datuk Azizan Abd Rahman berkata, pembinaan fasa pertama projek tersebut dimulakan pada April 2017 di kawasan seluas 13.2 hektar.

Katanya, gedung beli-belah yang bakal menampilkan 150 rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa itu akan mewujudkan 800 hingga 1,000 peluang pekerjaaan, khususnya kepada rakyat Perak.

Hampir 20 peratus kerja pembinaan telah dijalankan dan ia dijangka siap pada Disember 2018 dan dibuka secara rasmi pada suku pertama 2019.

Fasa pertama ini akan merangkumi pembinaan hotel bertaraf empat bintang dengan 220 bilik dan pusat konvensyen yang boleh menampung 1,200 tetamu akan bermula Disember 2018,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Silverlakes Brand Village Outlet di sini, kelmarin.

Mengenai fasa kedua dan ketiga, Azizan berkata, ia merangkumi projek pembangunan perumahan selain villa peranginan yang dikenali sebagai The Cocoon.

Katanya, kedua-dua projek tersebut akan dimulakan pada awal 2019 dan dijangka mengambil antara tujuh hingga 10 tahun untuk disiapkan.

Ia sejajar dengan hasrat Silverland Capital menjadikan Silverlakes sebagai destinasi membeli-belah dan percutian antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir yakin projek yang dibangunkan hasil kerjasama kerajaan negeri dan swasta itu akan menjadi antara mercu tanda baharu Perak dalam menarik kunjungan pelancong tempatan dan asing.

Katanya, lokasi yang strategik dan panorama indah di kawasan itu akan menjadi faktor utama yang menarik kedatangan pelancong

Ia berada di wilayah tengah Semenanjung Malaysia dan hanya 10 minit dari simpang susur keluar Simpang Pulai, Lebuhraya Utara-Selatan. — Bernama

Advertisement