Anda di sini

FIABCI Malaysia rai ulang tahun ke-25 Malaysia Property AwardTM

Advertisement
 Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (10 kanan), Ab Aziz (sembilan kiri) dan Teh (lapan kanan) merakam kenangan bersama penerima anugerah Malaysia Property AwardTM.
CEMERLANG: Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (10 kanan), Ab Aziz (sembilan kiri) dan Teh (lapan kanan) merakam kenangan bersama penerima anugerah Malaysia Property AwardTM.

KUCHING: FIABCI Malaysia meraikan ulang tahun ke-25 Malaysia Property AwardTM kelmarin dengan 14 pemenang, termasuk dua anugerah individu, Property Man yang dimenangi Pengarah Exsim Development Sdn Bhd Lim Aik Hoe dan Property CEO kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cahaya Jauhar Sdn Bhd Mohd Auzir Mohd Tahir.

Majlis penyampaian anugerah yang diadakan pada majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, disempurnakan oleh Yam Tuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Kategori Perumahan Mampu Milik dimenangi oleh Pangsapuri Seri Kasturi oleh SP Setia Group Berhad; Kategori Alam Sekitar (Pemuliharaan/Pemulihan) dimenangi oleh Mangala Resort & Spa oleh Farm Resort (Gambang) Sdn Bhd dan Kategori Warisan (Pemulihan/Pemuliharaan) dimenangi Dewan Perdagangan Cina Pulau Pinang.

Manakala kategori Industrial dimenangi oleh Eco Business Park 1 (Fasa Satu) oleh Eco World Development Group Bhd; Kategori Pelan Induk dimenangi oleh Setia Eco Glades oleh Setia Eco Glades Sdn Bhd, Kategori Pejabat dimenangi Plaza Shell oleh Hap Seng Land Sdn Bhd dan Kategori Purpose Built dimenangi Sekolah Antarabangsa Taylors Puchong oleh Sekolah Antarabangsa Taylors (Puchong) Sdn Bhd.

Sambil merakam tahniah kepada semua pemenang, Presiden FIABCI Malaysia, Tengku Dato Ab Aziz Tengku Mahmud berkata, anugerah itu telah berkhidmat sebagai panduan dan inspirasi bagi pemaju untuk terus membangunkan projek-projek lebih kreatif dan inovatif yang memberi manfaat kepada keseluruhan industri.

Beliau berkata, tahun ini menandakan pencapaian yang sangat besar untuk FIABCI Malaysia kerana pihaknya meraikan ulang tahun ke-25 Malaysia Property AwardTM.

Dari tahun 1992, FIABCI Malaysia dengan bangganya telah menganjurkan anugerah harta pusaka berprestij di negara ini, Malaysia Property AwardTM, digelar anugerah ‘Oscar’ hartanah yang dikejar-kejar pemaju. Bukan sahaja ia memberikan pengiktirafan tertinggi oleh industri harta tanah dan hartanah tempatan, tetapi ia juga menjadi penanda aras bagi para pemaju untuk terus membangunkan projek-projek cemerlang setaraf dengan atau bahkan lebih baik dari luar negara.

Saya amat berpuas hati dengan kualiti keseluruhan projek-projek yang mengambil bahagian, termasuk reka bentuk dalaman dan luaran mereka, aspek praktik dan keselamatan yang telah bertambah baik selama bertahun-tahun,” kata Ab Aziz dalam satu kenyataan, semalam.

Ab Aziz turut mengucapkan tahniah kepada pemenang tahun lepas yang menerima empat anugerah, satu emas, empat perak di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2017 yang diadakan di Andorra pada Mei 2017.

Pemenang Anugerah emas adalah Bandar Rimbayu dalam Kategori Pelan Induk oleh IJM Land Berhad, manakala anugerah perak dimenangi River Rehabilitation @ By the Sea dalam Kategori Alam Sekitar (Pemulihan/Pemuliharaan) oleh Selangor Dredging Berhap, Hap Seng Star Mercedes-Benz Autohaus @ Balakong dalam Kategori Industri oleh Hap Seng Land Sdn Bhd dan Chengal House dalam Kategori Purpose Built oleh Paramount Corporation Berhad.

Sementara itu, Bendahari Kehormat FIABCI Malaysia Sr Teh Teik Bin yang juga pengerusi penganjur anugerah, melahirkan perasaan bangga apabila jawatankuasa penganjur diamanahkan dengan tugas menegakkan piawai premium proses penilaian dan kriteria penilaian.

Objektifnya ialah untuk mengenal pasti projek-projek kecemerlangan dan meningkatkan industri pembinaan tempatan dan prestasi keseluruhan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah berusaha meningkatkan kualiti anugerah, seperti mengkaji semula kriteria penghakiman dan kategori anugerah dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa anugerah itu sentiasa mengikuti trend terkini dalam industri,” kata Teh.

Teh turut menyeru semua pemaju tanpa mengira saiz perniagaan untuk menyertai Malaysia Property AwardTM, dengan objektif mengiktiraf kecemerlangan dalam pembangunan hartanah’ dan kriteria penghakiman untuk projek mengambil bahagian adalah berdasarkan merit keseluruhan, bukan saiz bangunan.

FIABCI yang merupakan akronim perkataan Perancis untuk ‘Federation Internationale des Administrateurs de Bien-Conselis Immobiliers’ ini kini beroperasi di 60 buah negara yang melibatkan 120 organisasi profesional dan 3,500 individu profesional dan mempunyai 1.5 juta keahlian. Setiap wakil hartanah diwakili oleh FIABCI dan ia beroperasi di Afrika, Amerika, Asia Pacific dan Eropah.

FIABCI Malaysia mula bertapak di Malaysia pada tahun 1975 dan ia memainkan peranan penting dalam menghubungkan pemain hartanah Malaysia dalam kalangan pengamal industri, baik di dalam dan luar negara.

Advertisement