Anda di sini

MITRAF platform usahawan pasar produk

Advertisement

Keadaan ekonomi tidak menentu memerlukan aktiviti jualan diperbanyak: Adam Yii

MIRI: Pameran jualan perdagangan Miri Trade Fair (MITRAF) anjuran See Hua Marketing Sdn Bhd adalah satu platform yang baik kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka kepada penduduk di sini.

 Datuk Bandar Adam Yii berkata keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang memerlukan aktiviti jualan seperti ini diperbanyakkan.

 “Saya percaya adanya aktiviti perdagangan seperti ini mampu mengaktifkan dan merancakkan kegiatan ekonomi di Miri dan diharap agar penduduk di sini memanfaatkan peluang yang ada.

 “Harapan saya agar See Hua Marketing Sdn Bhd akan mengadakan MITRAF lagi pada masa akan datang dan menganjurkan lebih banyak program yang membawa manfaat kepada masyarakat,” katanya.

 Adam diwakili Kaunselor Aries Leong yang menyampaikan teks ucapan beliau semasa merasmikan MITRAF 16 di Permaisuri Imperial City Mall malam kelmarin.

 Selain itu, Adam turut mengucapkan tahniah kepada See Hua Marketing Sdn Bhd kerana berjaya menganjurkan MITRAF kali ke-16.

 Dalam pada itu, lebih 80 gerai mengambil bahagian pada pameran perdagangan yang berlangsung selama empat hari bermula 23 hingga 26 November dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan.

 Antaranya merangkumi barangan elektrik dan elektronik, perabot, makanan dan minuman, produk kecantikan dan lain-lain.

 Penaja utama pameran perdagangan empat hari ini ialah United Fusion Sdn Bhd.

 Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Pemangku Pengurus Cawangan Chua Chuen Chai, Pengerusi Miri Chinese Chamber of Commerce and Industry (MCCCI) Lee Khoi Yun, Pengurus Pemasaran United Fusion Sdn Bhd Poh Teck Sing, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boulevard Don Yew, Pengurus Pusat Beli- Belah Kumpulan Boulevard Derreck Ling, Pengurus Pentadbiran SBFM Industries Sdn Bhd Kong Sing Teck, Pemangku Pengurus Cawangan Kinetic Food Trading Sdn Bhd Sia Puon Ek dan Pengurus Acara Permaisuri Imperial City Mall dan The Imperial Mall Eric Jong.

 Selain itu, Wakil Kanan Pemasaran dan Jualan Babara Barry Furniture & Dr Spine Mattress Judith Wong, Pengarah Sistem Decorating Furniture Sdn Bhd Lim Mui Eng, Pengarah NCFID (Brooke Road) Sdn Bhd Alan Wong dan Wision Trading Company Jackie Wong.

  • oleh
  • Advertisement