Anda di sini

Karya ‘Kaum Kerabat’ jadi pilihan di pentas Gegar Vaganza 4 minggu ke-5

Advertisement
__alt__

MINGGU lepas menyaksikan perjuangan Haida di pentas Gegar Vaganza atau GV4 terhenti sewaktu konsert mingguan keempat yang bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’.

 Beliau yang memilih Ezad Lazim sebagai pasangan duetnya untuk menyampaikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Iwan & Amelina berjudul ‘Memori Daun Pisang’ itu diumumkan sebagai bintang ketiga yang tersingkir selepas Raja Azura dan Ferhad.

 Meskipun cuba memberikan persembahan yang memukau, namun gagal memikat hati juri sekaligus meletakkan beliau di tangga terendah dengan markah keseluruhan sebanyak 53.2 peratus.

 Sementara itu, Hazami yang berpadu suara dengan Juara GV musim lalu, Azharina pula cemerlang dengan lagu ‘Jangan Pisahkan’ nyanyian asal oleh Deddy Dores & Mayank Sari dan mendapat pujian juri.

 Dengan markah sebanyak 86 peratus, Hazami buat pertama kali berada di tangga teratas untuk minggu tersebut.

 Liza Hanim dan pasangan duetnya, Hafi z Suip juga tidak kurang hebatnya di tangga kedua dengan markah 83.6 peratus dengan lagu ‘Dirgahayu’ yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir.

 Manakala Aishah pula di tangga ketiga dengan markah sebanyak 80.6 peratus selepas bergandingan dengan Sam Innuendo untuk membawakan lagu yang dipopularkan oleh Jaclyn Victor & Rio Febrian berjudul ‘Ceritera Cinta’.

 Cabaran Konsert GV di minggu kelima malam ini yang bertemakan ‘Kaum Kerabat’ bakal menyaksikan bintang-bintang GV4 mendendangkan hasil karya oleh penyanyi asal yang mempunyai ahli keluarga lain dalam industri hiburan tanah air.

 Untuk pusingan ini, Firman bakal menyanyikan lagu ‘Bukan Aku Tak Cinta’ nyanyian asal oleh Iklim.

 Hazami pula dengan lagu ‘Jerat Percintaan’ (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Lan Kristal dengan ‘Sangkar Cinta’ (Ziana Zain), Tia Jinbara dengan ‘Antara Hujan & Air Mata’ (Sudirman Arshad) dan Aqasha dengan ‘Juwita’ (Datuk M. Nasir).

 Manakala bintang wanita Aishah pula akan membawakan lagu Kris Dayanti berjudul ‘Menghitung Hari’, Liza Hanim dengan ‘Lelaki Teragung’ (Dayang Nurfaizah), Elyana dengan ‘Sepi’ (Yuni Shara) dan Syura dengan ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ (Ella).

 Konsert mingguan GV4 akan dipancarkan secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta boleh dinikmati juga di aplikasi Astro GO dan perkhidmatan ‘on demand’ untuk lebih fl eksibel.

 Masih mengekalkan format asal, nasib para bintang diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

 Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain manakala naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi .

 Pemenang tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masingmasing akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi dan hadiah sampingan setiap seorang.

Advertisement