Anda di sini

Midnight Strangers gegarkan peminat pada malam konsert rock di Bau

Advertisement
 Midnight Strangers memulakan persembahan dengan lagu-lagu rock popular era 90-an sehingga kini.
BERTENAGA: Midnight Strangers memulakan persembahan dengan lagu-lagu rock popular era 90-an sehingga kini.

KUCHING: Kumpulan band rock tempatan, Midnight Strangers menggegarkan peminatnya dengan persembahan penuh bertenaga pada malam konsert rock di Dewan Suarah Bau baru-baru ini.

Konsert tersebut kembali diadakan buat kali kedua atas permintaan para peminat susulan penganjuran konsert pertama pada tahun 2016 di tempat yang sama.

Ketua Midnight Strangers, Helmi atau lebih dikenali dengan panggilan Lelek berkata sekitar 700 orang tetamu hadir pada konsert tersebut yang  bermula seawal jam 7 malam.

Konsert pada malam tersebut bertambah rancak menerusi penampilan penyanyi rock terkenal tanah air iaitu Bandi Amuk.

Bandi mempersem-bahkan beberapa buah lagu yang melonjakkan namanya bersama Amuk secara solo sebelum bergandingan dengan Midnight Strangers.

 “Kami amat  berterima kasih kepada semua tetamu terutama para peminat yang hadir memberi sokongan dan menjayakan konsert rock kedua kami ini. 

“Jika ada permintaan dan tiada halangan, kami akan kembali menganjurkan konsert yang sama pada tahun akan datang dengan lebih hebat,” katanya Lelek yang juga pemain gitar utama. 

Dalam pada itu, rata-rata di kalangan tetamu yang hadir terutama peminat muzik rock begitu terhibur dengan semua persembahan pada malam tersebut.

Midnight Strangers selaku peneraju utama persembahan pada malam itu turut menampilkan bekas-bekas penyanyi terdahulu bagi mengembalikan nostalgia kegemilangan band ini pada awal penubuhannya.

Selain mengeratkan hubungan antara peminat, konsert  rock tersebut juga bertujuan untuk memartabatkan lagi band-band Bidayuh terutama di daerah Bau ini.

  • oleh
  • Advertisement