Anda di sini

4 Januari perbicaraan lelaki dituduh pecah rumah

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 4 Januari 2018 untuk perbicaraan kes seorang lelaki dituduh melakukan pecah rumah dan curi.

Penetapan tarikh itu dibuat Majistret Zuraini Ali Musa setelah tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya terhadap tuduhan tersebut.

Jacky Mike Rugu, 33, dari Kampung Trusan, Lawas dituduh melakukan pecah rumah dan curi dengan memecah masuk sebuah rumah dan mencuri satu unit kamera, dua pasang kasut berjenama, duit syiling berjumlah RM200 dan satu unit iPad kepunyaan Edwin Wordford.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama seorang lagi masih bebas jam 1.30 petang, pada 15 Disember 2011 di sebuah rumah, Jalan Foetida, Lutong Baru di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement