Anda di sini

Pecah amanah: Bekas pekerja KR1M dihadapkan ke mahkamah

Advertisement

SIBU: Seorang bekas pekerja Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dihadapkan di mahkamah di sini semalam bagi menghadapi 34 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM356.73.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Azlee Hasim, 28, berikutan ketiadaan hakim Mahkamah Sesyen.

Majistret Saiful Sayoti mendengar kes semalam kemudian menetapkan pada 28 November ini bagi sebutan semula kes.

Sementara menunggu tarikh terbabit, tertuduh dibenarkan bebas dengan ikat jamin berjumlah RM25,000 dengan dua penjamin tempatan.

Mengikut pertuduhan, Azlee didakwa melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM356.73 pada 10 Ogos lalu dan 3 September lalu di sebuah KR1M di sini.

Tertuduh ketika itu bertugas menjaga kaunter pembayaran didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan sejumlah wang diterima daripada pelanggan sebagai bayaran untuk kegunaan sendiri.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Advertisement