Anda di sini

Tiga peserta tersingkir di konsert pertama Bintang Kecil 2017

Advertisement
 Snowdan (tengah belakang) bersama tiga peserta tersingkir dan mereka yang layak ke konsert seterusnya.
BINTANG KECIL: Snowdan (tengah belakang) bersama tiga peserta tersingkir dan mereka yang layak ke konsert seterusnya.

KUCHING: Tiga peserta Bintang Kecil Radio Televisyen Malaysia (RTM) 2017 tersingkir pada malam pertama konsert itu meninggalkan sembilan lagi untuk berentap merangkul gelaran johan.

Mereka yang tersingkir adalah Nur Safiyaa Ardina Shamsul Azrin (Dina) iaitu peserta dari Perlis, Syauqi Imani Ibrahim (Syauqi) dari Sibu dan Nazli Syafizdaniel Rosli (Daniel) dari Pahang.

Mereka yang berjaya ke konsert seterusnya adalah Nur Ain Nadzirah Ahmad Safrie (Ain), Putera An-Nasa’ei Ubaidah Sahar Sa’di (Putera), Muhammad Azryzham Lop Hisham (Azry), Ain Fariesha Azamain (Fariesha).

Turut mara ke konsert ke-2 Bintang Kecil pada 26 November ini adalah Camaiellya Edward (Cammy), Dayang Irsyadhania Iraril (Dhani), Eiffel Paul Pailus (Eiffel), Intan Nursyuhada Mohd Suhairi (Intan) dan Nurul Maimanah Abdul Qahhar (Nana).

Dina, Syauqi dan Daniel masing-masing membawa pulang hadiah saguhati berupa wang tunai RM2,000, plak dan sijil setiap satu.

Konsert Kedua Bintang Kecil 2017 yang akan diadakan di Auditorium P. Ramlee pada 26 November turut bersiaran langsung di TV2 jam 8.30 malam dan Radio Online@ www.rtmsarawak.gov.my/SARAWAKfm.

Tetamu undangan yang hadir untuk menyaksikan 12 peserta tersebut bertanding kelmarin adalah Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan.

Penyertaan Bintang Kecil mempunyai elemen-elemen pendidikan secara holistik di mana kanal-kanak berpeluang untuk mengikuti kelas-kelas vokal, seni persembahan dan juga pengucapan awam.

Sepanjang aktiviti berambeh para peserta didedahkan kepada aktiviti kemasyarakatan, pelancongan, lawatan sambil belajar ke Kampung Budaya, Taman Hidupan Liar Semenggoh dan banyak lagi.

Artis jemputan pada malam Konsert Pertama Bintang Kecil 2017 itu kelmarin adalah, Amira Othman dan Hazama.

Konsert tersebut juga diiringi oleh Kombo RTM D’ Aspirasi diiringi oleh beberapa pemuzik tempatan.

  • oleh
  • Advertisement