Anda di sini

Tiga keluarga kurang bernasib baik terima sumbangan

Advertisement
 Ng (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Jeg, bersama ahlinya yang lain.
PRIHATIN: Ng (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Jeg, bersama ahlinya yang lain.

KUCHING: Tiga keluarga yang kurang bernasib baik dari Kampung Bratan, Jalan Puncak Borneo telah menerima bantuan daripada Huat Tzu Kong Charity Group Association dan Zong Ho Friendship Association baru-baru ini.

Jeg Raer, 71, bapa kepada lima anak, hilang mata pencarian apabila dia kini terhad pergerakan kerana berkerusi roda dan tidak dapat berbuat apa-apa sementara anak sulungnya baharu sahaja mendapat pekerjaan di sebuah pasar raya dengan pendapatan RM900 sahaja sebulan.

Anak-anaknya yang lain masih lagi bersekolah.

Sementara itu, Ebin Sikut, 51, merupakan seorang balu dan suri rumah manakala Moning Sikut, 5, tidak dapat bekerja kerana mengalami masalah lemah jantung.

Masing-masing menerima bantuan berupa bahan makanan dan sedikit wang tunai.

Kesemua sumbangan telah disampaikan oleh wakil kumpulan, Ng Zen Tze.

Kumpulan ini telah mula melakukan kerja-kerja kebajikan sejak 2014 dan telah membantu sekitar 150 keluarga setakat ini.

Justeru pihaknya amat berharap agar orang ramai dapat membantu pihaknya dengan menelefon dan memaklumkan pihaknya akan keluarga yang miskin dan memerlukan bantuan.

Orang ramai boleh menelefon 016-5525552 (Ng Zen Tze) bagi tujuan tersebut.

Advertisement