Anda di sini

Strategi perlu dikaji semula, lengkapkan pelajar dengan kemahiran: Talencorp

Advertisement

KUALA LUMPUR: Strategi dan pendekatan bagi transformasi asas pendidikan perlu dikaji semula untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran bagi pekerjaan sedia ada dan pada masa depan, kata Talent Corp Malaysia Bhd (TalentCorp).

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Shareen Shariza Abdul Ghani, berkata langkah itu juga adalah untuk membangunkan tenaga kerja yang sesuai untuk menarik, mengekalkan dan membimbing tenaga kerja dalam persediaan untuk masa depan serta mengenal pasti keperluan pasaran.

Keperluan masa depan juga perlu diambil kira semasa membangunkan kursus pendidikan baharu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan  ‘Future of Work, Workplace, Workforce’ (Masa Depan Kerja, Tempat Kerja, Tenaga Kerja), di sini, semalam.

Shareen berkata, dianggarkan 65 peratus daripada kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah pada hari ini akan bekerja dalam bidang kerja yang betul-betul baharu yang belum lagi wujud pada masa ini. 

Persidangan sehari itu mengumpulkan pakar-pakar global dan tokoh-tokoh tempatan yang menjuarai alam sekitar bagi perbahasan dan wacana yang akan menetapkan hala tuju bagi masa depan pekerjaan Malaysia.

Tahun ini, kerajaan melancarkan pelan tindakan bagi Transformasi Nasional 2050 (TN5) yang bertujuan antara lainnya membangunkan tenaga kerja pada masa depan. 

Menurut Shareen, TalentCorp percaya keutamaan adalah untuk membentuk Pelan Tindakan Tenaga Kerja Nasional bagi pekerjaan pada masa depan.

Kita perlu bergerak melangkaui mengiktiraf ancaman dan peluang yang datang disebabkan impak megatrend,” katanya. 

Beliau berkata jurang terus wujud dalam tenaga kerja, menyediakan pelbagai peluang untuk melatih semula kemahiran dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja di semua peringkat. — Bernama

Advertisement