Anda di sini

Speaker Parlimen Indonesia terpalit skandal rasuah AS$170j

Advertisement
 Novanto tiba di bangunan KPK di Jakarta, kelmarin dalam keadaan berkerusi roda, dalam gambar rakaman Antara Foto. — Gambar Reuters
TIDAK BERDAYA: Novanto tiba di bangunan KPK di Jakarta, kelmarin dalam keadaan berkerusi roda, dalam gambar rakaman Antara Foto. — Gambar Reuters

JAKARTA: Speaker Parlimen Indonesia didakwa dalam skandal rasuah yang besar dikatakan menyebabkan negara kerugian AS$170 juta, selepas satu drama pelik yang melibatkan satu serbuan yang gagal ke atas estetnya.

Setya Novanto, yang sebelum ini berdepan dengan tuduhan peras ugutan, adalah di antara  beberapa orang ahli politik yang dituduh menerima habuan dari dana-dana bagi satu projek kerajaan  yang mengeluarkan kad pengenalan baharu.

Skandal tersebut, yang terbongkar pada awal tahun ini, menyebabkan kejutan meluas malah dengan tahap bagi salah satu dari negara paling korup di dunia.

Novanto telah ditahan untuk soalsiasat kelmarin, namun hanya selepas satu rangkaian acara dramatik di mana dia keluar dari hospital sejurus selepas satu serbuan ke atas rumahnya oleh penyiasat anti-rasuah.

Kami akan mengambil setiap langkah perundangan yang mungkin bagi menunjukkan bahawa dia tidak bersalah dan kami akan terus berbuat sedemikian,” peguamnya Fredrich Yunadi  memberitahu AFP.

Pegawai Corruption Eradication Commission (KPK) di Indonesia pada malam Rabu telah menyerbu estet Novanto yang bernilai berjuta-juta dolar di satu bahagian mewah di bandar ini, dikenali dengan jurangnya yang ekstrem di kalangan kaya dan miskin.

Namun lelaki berusia 62 tahun itu tidak dapat ditemui, meneruskan usaha pemburuan meluas kerana kebimbangan dia telah meninggalkan negara.

Dalam satu keadaan sebaliknya, ahli politik itu muncul di sebuah hospital Jakarta pada Khamis lepas mendakwa telah tercedera dalam satu nahas kereta.

Beberapa orang doktor menyatakan kelmarin beliau menunjukkan tiada tanda-tanda bagi kecederaan serius dan sihat bagi soalsiasat.

Gambar menunjukkan Novanto memakai sepasang ves jingga dipakai oleh suspek rasuah dan telah dipindahkan ke sebuah kerusi roda dari hospital ke sebuah pusat penahanan.

Novanto, seorang ahli politik berpengaruh dari Parti Golkar, telah terlibat dalam skandal rasuah sebelum ini.

Dia telah terpaksa meletak jawatan sebagai speaker pada tahun 2015 selepas dia dinamakan sebagai suspek kerana memeras ugut bagi saham dari gergasi perlombongan AS Freeport-McMoRan dalam pertukaran bagi melanjutkan hak syarikat untuk beroperasi di kepulauan tersebut.

Dia telah dibebaskan dari tuduhan dan telah dilantik semula sebagai speaker pada 2016.

Pada 2015, dia muncul dalam sidang media di menara pencakar langit Donald Trump di Manhattan, di mana presiden AS itu menyatakan dia sebagai seorang lelaki yang menakjubkan yang akan melakukan perkara-perkara hebat untuk Amerika Syarikat. — AFP

Advertisement